Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Mulai 20 November dan 21 November 2014, semua sekolah seluruh negara dengan rasminya memulakan cuti persekolahan akhir tahun sesi 2014. Sangat cepat masa berlalu, rasanya baru saja mesyuarat pengurusan hujung tahun lepas, kini dah tutup buku dan hampir bersedia untuk sesi 2015.
Sebelum balik sekolah hri terakhir 21 November, sudah dikeluarkan draf awal apa yang akan diajar tahun hadapan. Baru saja bersembang dengan kawan, kata saya minat seni... terus dapat ajar satu kelas. Masin sungguh mulut. Kalau berdasarkan jadual yang dikeluarkan, saya tak ada masalah dan sangat setuju dengan jadual saya.
Walaupun disebut cuti sekolah, tapi yang sebenar-benar bercuti adalah pelajar (kecuali pelajar yang menduduki STPM dan SPM). Bagi kebanyakan sekolah, saya rasa masih ada guru-guru yang belum balik ke kampung pun... masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan di sekolah. Ada guru yang mengawas peperiksaan, masih kena bertugas sehingga awal Disember. Guru yang menyemak kertas SPM atau STPM masih perlu menghadiri mesyuarat pemarkahan. Guru-guru yang mengajar tingkatan 4 sekolah saya dikehendaki menghadiri kursus di Kuala Lumpur bermula esok. Ketua pentaksir kawasan untuk PT3 pula ada mesyuarat di Rompin. Saya sendiri pun ada mesyuarat di Sungai Petani selama seminggu tetapi tak dapat menghadirkan diri.
Di penghujung bulan pula, perlu datang untuk pelbagai mesyuarat pengurusan 2015 di samping program orientasi untuk pelajar baru tahun akan datang. Masa inilah banyak yang perlu dibuat sebelum bermulanya sesi 2015 pada 5 Januari tahun hadapan.
Jadi, janganlah pandang yang guru2 ni sedap bercuti senang lenang di rumah. Nama saja cuti tapi hanya beberapa hari, dan dalam tempoh itu banyak juga yang perlu disiapkan.....
Terbaikkkkk
ReplyDeletedulu semua orang kata jadi cikgu, banyak cuti.... dusta belaka. haha
ReplyDelete