Showing posts with label LADAP. Show all posts
Showing posts with label LADAP. Show all posts

Friday, May 11, 2012

~ Seminar Kepentingan Bahasa & Pendidikan Dalam Penjagaan Anak-Anak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 9 Mei 2012
Masa : 2.30 - 5 petang
Tempat : Dewan Sekolah
Anjuran : Pusat Bahasa Lingua Franca

Antara yang sempat di catat :
  1. 7 teknik keibubapaan yang perlu diamalkan
    1. Mengajar anak-anak dari kecil
    2. Mengajar sesuatu berulang kali
    3. Mengajar dalam suasana gembira
    4. Menggunakan emosi kasih sayang untuk membantu mengekalkan sesuatu di dalam minda
    5. Menggunakan suara penuh kasih sayang (brain waves)
    6. Mengajar dengan cara teratur supaya boleh berdikari dan menimbulkan suasana di rumah
    7. Puji anak-anak bila mereka melakukan sesuatu yang baik
  2. ACI ~ ciri pelajar cemerlang
    1. A - Attention @ perhatian
    2. C - Concentration @ tumpuan
    3. I - Instruction @ Arahan

Friday, April 06, 2012

~ PrOD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Petang semala telah diadakan LADAP untuk PrOD ~ Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (Programme Of Organisational Development) bertempat di dewan sekolah dengan dirasmikan oleh Tn Hj Azhar Bin Omar, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah CH. Turut hadir adalah mentor bagi SEMEKAR iaitu Encik Salam dan juga Encik Zakaria.

Umumnya, PrOD ini melibatkan perubahan secara sistematik bermula daripada pemimpin sekolah sebagai individu, membentuk kerja sepasukan dan kelestarian kecemerlangan organisasi dengan tujuan meningkatkan prestasi sekolah.

Pelaksanaannya adalah di sekolah yang mencapai band 3 dan 4 (SEMEKAR di band 4). Ianya merangkumi bengkel TOT (training of trainer) dan juga kursus yang akan dijalankan disekolah. Pemantauan susulan akan dijalankan oleh pegawai JPN, PPD dan juga pensyarah IAB. Untuk kursus PrOD pertama ini, akan ada susulannya untuk sesi 2 akibat kekangan masa di sesi 1 petang semalam.

Semoga dengan adanya PrOD ini, prestasi semua pihak di dalam semua bidang akan lebih memberangsangkan dan meningkat ke band 3. InsyaAllah.

Wassalam!