Showing posts with label Cerita Disiplin. Show all posts
Showing posts with label Cerita Disiplin. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

~ Kerana Mulut Badan Binasa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mmmmm, baru bulan Febuari, dah ada kes disiplin yang boleh dikategori dalam kes serius. Tak tahulah salah siapa tetapi di akhir persekolahan petang tadi seorang pelajar tingkatan 3 telah ditumbuk oleh pelajar tingkatan 5, yang membabitkan pelajar Cina dan Melayu. Agak teruk juga lukanya, kena bahagian mata dan pipi, menjejeh darah membasahi baju sekolah.

Tak tahu la bagaimana siasatannya, esok cuba risik di sekolah. Wahai pelajar, beringatlah. Jaga diri sendiri, tak perlu nak tunjuk samseng, setakat perkara kecil tak perlu dibesar-besarkan...

Wassalam

Monday, April 23, 2012

~ Pelajar vs Cikgu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kebelakangan ini, sudah terlalu banyak yang berlaku dalam sesebuah institusi pendidikan. Senario di sekolah terutamanya menyaksikan terlalu banyak yang berlaku. Saya tidak ingin melihat sekolah lain sebagai contoh, cukuplah saja sekolah sendiri yang sudah hampir 10 tahun saya bersamanya. 

Di sekolah saya yang rata2nya pelajar berketurunan Cina. Kebanyakan daripada mereka pula datangnya dari keluarga yang berada dan langsung tiada masalah dari kewangan. Pelajar2 ini walaupun baru tingkatan 1 sudah pandai mencari duit sendiri, malah ada juga ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu kewangan anak-anak sehingga ada yang membayar yuran @ derma sekolah sendiri. Pendek kata, di CH ni hal kewangan tiada masalah langsung, yang perlu hanya usaha dan keinginan.

Mungkin juga di sebabkan itulah berkurangnya keinginan untuk belajar @ menuntut ilmu. Ke sekolah hanya kerana terpaksa dan mengelak dari pergi ke kebun, sudahnya sekolah hanya menjadi tempat persinggahan persis kedai kopi tempat bersembang bersama teman. Di manakah tahap disiplin mereka seandainya ditegur sekadar untuk beralih tempat tetapi langsung tidak dihiraukan. MasyaAllah... langsung ditunjukkan muka samseng dan mahu bertindak bodoh, konon-konon ingin membalas apa yang cikgu lakukan. Padahal apa yang ditegur langsung tidak menyakitkan. Sendiri buat salah, tetapi tak mahu terima. Banggakah dia bertindak begitu di hadapan semua orang di perhimpunan tadi? Fikir-fikirlah...

Wassalam!