Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
SHAH ALAM - Cadangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dilihat bakal mengasingkan pelajar miskin dan kaya mengikut sekolah.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, perkara berkenaan dilihat sedikit tersasar daripada objektif sebenar penubuhan MRSM sebagai pusat pendidikan yang mengumpulkan pelajar cemerlang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
“Sekarang ini di negara kita sudah ada sekolah swasta yang menempatkan pelajar-pelajar daripada golongan elit. Kita tidak mahu MRSM turut melakukan perkara yang sama seolah-olah mengkastakan pelajar mengikut kekayaan.
“Apa salahnya kerajaan menambah lagi MRSM di setiap negeri dan pelajar dari kalangan anak orang kaya dan miskin dapat bergaul bersama di asrama serta bilik darjah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Katanya, kewujudan MRSM berbayar juga akan memberi kesan kepada status MRSM sebagai pusat pendidikan terpilih bagi pelajar cemerlang.
“Kita takut satu hari nanti kemasukan pelajar ke sekolah ini tidak menepati kriteria yang ditetapkan dan hanya mengikut kemampuan kewangan semata-mata,” katanya.
Menurutnya, kecemerlangan sesebuah sekolah seperti sekolah kluster turut dipengaruhi oleh sumbangan daripada golongan kaya.
“Menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru kebanyakan ibu bapa yang kaya ini memberi sumbangan kewangan bagi tujuan pendidikan sekolah, begitu juga dengan MRSM.
“Jadi kalau golongan kaya mengasingkan anak-anak daripada yang kurang berkemampuan, siapa mahu bantu pelajar-pelajar ini? Mereka hanya akan bergantung pada bantuan kerajaan,” katanya.
Kelmarin, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dilaporkan sedang menimbang untuk menubuhkan MRSM berbayar khusus untuk pemohon dalam kalangan keluarga berkemampuan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexender Nanta Linggi di Dewan Rakyat berkata, Mara sedang membuat kajian terperinci untuk mempertimbangkan pembinaan MRSM baharu di beberapa kawasan Parlimen terpilih seluruh negara. [SUMBER]

No comments:
Post a Comment