Friday, May 24, 2013

~ Cuti Hari Wesak & Cuti Sekolah Pertengahan Tahun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selamat bercuti sempena Hari Wesak dan cuti sekolah pertengahan tahun buat semua warga SEMEKAR. Jaga diri, jaga kesihatan dan jangan buat perkara yang tak berfaedah ya. Kita jumpa lagi bulan Jun nanti.

Wassalam.

Thursday, May 23, 2013

~ Mid Year : Semak a.k.a Tanda Kertas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, kedua-dua kertas yang saya ajar telah pun selamat berada di tangan saya. Dan sudah semestinya saya harus menanda, menyiapkannya sebelum berakhir cuti sekolah. Saya juga harus segera menyiapkan analisis peperiksaan serta folio B dan memasukkannya ke dalam sistem SAPS.

Berbalik pada cerita semak menyemak kertas ni, bagi mata pelajaran major iaitu Tanaman Makanan, insyaAllah tak ada masalah kerana soalannya saya yang buat sendiri. Saya pun tak melihat lagi sejauh mana pelajar menjawab. Rasanya soalan agak senang, kata cikgu, pelajar tak tahu la pulak. 4 orang tak hadir, jadi tinggal dalam 17 atau 16 skrip je yang perlu di tanda.

Cuma bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, saya mendapati ada sedikit perbezaan soalan berbanding soalan ujian 1. Kali ini soalannya lebih banyak menjurus kepada KBKK iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Saya tak pasti adakah ini format baru kertas PM ataupun sekadar soalan yang dibuat sahaja. Kebanyakan pelajar mendapat markah yang agak baik. Dari segi teknik menjawab, masih ada beberapa pelajar yang lupa (barangkali). Cuma sedikit kelemahan soalan KBKK ni apabila pelajar hanya menulis dari aspek yang sama, maka mereka hanya mendapat markah yang minima.

Walau apapun, saya agak berbangga dengan prestasi sendiri yang sudah menyiapkan semakan tersebut (round pertama) dan perlu semak sekali lagi untuk melihat jika ada yang terlepas pandang.

Semoga keputusan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Wassalam!

Tuesday, May 21, 2013

~ Seketika Cerita Peperiksaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Umum mengetahui kebanyakan sekolah sekarang sedang mengadakan peperiksaan pertengahan tahun. Di SEMEKAR sendiri pun minggu ini merupakan minggu terakhir peperiksaan sebelum bercuti. Kebanyakan mata pelajaran teras telahpun selesai (tidak termasuk menengah rendah) dan kini diikuti oleh pelbagai matapelajaran elektif.

Kebiasaannya semasa musim peperiksaan, saya selaku SU Peperiksaan Dalaman akan diberi relief, bermaksud saya tidak perlu masuk ke kelas pada sepanjang hari tersebut. Tetapi kalau kata mata pelajaran dan kelas yang terlibat dengan peperiksaan tidak banyak, saya akan masuk ke kelas. Bila bertugas di bilik peperiksaan, antara yang perlu saya lakukan adalah mengeluarkan kertas peperiksaan dan segala yang diperlukan, memastikan guru mengambil kertas soalan pada masa yang tepat dan menghantar mana-mana keperluan yang tidak mencukupi.

Kalau kata hari tersebut segalanya berjalan lancar, saya boleh la buat tugasan yang lain seperti menguruskan bank soalan atau mengeluarkan memo. Sebenarnya saya agak ralat juga bila diberi relief. Kalau kata hari tak sibuk, nampak macam tugas SU ni rilek saja tapi kalau kata ada banyak benda yang nak diuruskan, berpeluh jugaklah. Saya harap sesiapa yang menggantikan kelas saya tu tidak salah faham.

Satu yang ingin saya kongskan di sini adalah berkaitan dengan relief. Di SEMEKAR, kertas relief diedarkan oleh Puan Shanti dan jika beliau tiada akan digantikan dengan Encik Hisyam. Masalah yang dikesan adalah apabila ada sebilangan guru yang tidak mengetahui mereka kena relief tetapi pada kertas tersebut telah ditandatangan. Bila ini berlaku, guru berkenaan tidak akan masuk ke kelas dan guru di dalam kelas tersebut tidak dapat keluar ke kelas berikutnya.

Satu lagi adalah apabila guru tidak mengetahui mereka merelief dan tidak ada tandatangan pada kertas relief. Ini juga boleh menyebabkan kelewatan atau guru tidak masuk ke kelas. Biasanya, guru Pendidikan Islam akan standby untuk relief kerana gabungan mata pelajaran bagi subjek BC, BT dan PI mempunyai 6 orang cikgu bagi 5 kelas mata pelajaran tersebut. Seperti yang berlaku pagi tadi menyebabkan kelewatan selama hampir 20 minit. Saya bukanlah nak menyalahkan guru tersebut, tetapi agak geram juga bila telefon tak berangkat. Benda ni bukan tak boleh diselesaikan, masing-masing kena bagi kerjasama lah.

Saya mengharapkan apa yang berlaku hari ini memberi pengajaran kepada semua.

Wassalam!


Thursday, May 16, 2013

~ Selamat Hari Guru SEMEKAR

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 [Puan Pengetua tersayang]

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA 

WARGA SEMEKAR. WE LOVE YOU...

Senarai tema hari guru 1972 - 2013 :

2013  GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI,  1 AGENDA
2012  Guru Inovatif Melonjankkan Trandformasi Pendidikan Negara
2011  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 
2010  Guru Pembina Negara Bangsa
2009  Guru Pembina Negara Bangsa
2008  Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007  Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006  Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001  Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000  Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999  Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998  Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997  Guru Bestari Sekolah Bestari
1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995  Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991  Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990  Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989  Guru Pembina Budaya Ilmu
1988  Guru Pengasas Budaya Membaca
1987  Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986  Pendidikan Teras Nasionalisme
1985  Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984  Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983  Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982  Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981  Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980  Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979  Murid Sejahtera Negara Jaya
1978  Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977  Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976  Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975  Guru dan Pembangunan Negara
1974  Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973  Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972  Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Wednesday, May 15, 2013

~ PrOD Fasa 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Petang tadi, telah diadakan satu LADAP berkaitan PrOD Fasa 3 di dewan SEMEKAR. Pengisiannya telah dibuat oleh Puan Pengetua, GPK Pentadbiran, KB Sains Matematik, KB Kemanusiaan dan KB Vokasional & Teknik. Manakala GPK yang lain dan KB Bahasa menjadi fasilitator sepanjang majlis itu berlangsung.

Intipati LADAP :
  1. Puan Pengetua
    1. mengimbas kembali PrOD fasa 1 dan 2 yang telah dijalankan LADAP sebelum ini
    2. PrOD Fasa 1 (kendiri) : keberkesanan peribadi & model kepimpinan
    3. PrOD Fasa 2 (pasukan) : membina pasukan & mengurus perubahan
    4. PrOD Fasa 3 (organisasi) : kelestarian & keceriaan sekolah
  2. GPK Pentadbiran
    1. menjalankan aktiviti dalam kumpulan dan menyatakan maksud di sebalik aktiviti tersebut
    2. antaranya mengambil dan menyambung tali menggunakan dua jari
    3. membalikkan segitiga ke arah bertentangan menggunakan gula-gula
  3. KB Sains Matematik
    1. pembelajaran dan pengajaran berkualiti
  4. KB Kemanusiaan & KB VOTEK
    1. menunjukkan contoh mempelbagaikan cara P&P dengan penggunakan teknik tertentu
    2. program i-THINK
      1. circle (bulatan)
      2. buble map (peta buih)
      3. double buble map (peta buih berganda) - membanding beza
      4. tree map (peta pokok)
      5. peta dakap
      6. flow map (peta alir)
      7. multi flow map (peta pelbagai alir) - hubungan seluruh bahagian
      8. bridge map (peta titi) - analogi
    3. menyediakan double buble map dan membuat pembentangan kumpulan
Seronok jugak dalam LADAP ni tadi. Tak ada la mengantuk sangat sebab ada aktiviti. Tiba-tiba je rasa 10 tahun lebih muda sebab jadi macam budak sekolah dalam kelas. Terima kasih buat semua yang berkongsi maklumat.

Wassalam!