Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, October 09, 2012

~ Post-mortem Peperiksaan Percubaan SPM 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Post-mortem peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini telah di adakan pada Jumaat lepas sehingga hari ini. Ianya diadakan pada waktu rehat kerana tidak mahu mengganggu program Wajib A pada sebelah petang. Antara subjek yang telah selesai presentation adalah BM, BI, matematik dan sejarah.

Post mortem ini diadakan sebagai persediaan sekiranya diadakan postmortem di peringkat daerah untuk memastikan sebarang kesilapan dan kecatatan dapat diperbaiki. Pada 11 hb ini pula tiba giliran subjek saya untuk dipersembahkan. Semoga segalanya berjalan lancar.

Wassalam...

Sunday, October 07, 2012

~ Majlis Sembahyang Hajat (Sekolah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 4 Oktober lalu telah diadakan majlis bacaan Yassin, sembahyang hajat dan sembahyang Maghrib + Isyak berjemaan di dewan sekolah bersempena dengan PMR yang akan tiba bagi memohon keberkatan Ilahi untuk memudahkan semua calon menjawab soalan.

Dengan kehadiran guru-guru, pelajar dan ibu bapa, majlis berjalan lancar walalupun cuaca malam agak sejuk. Dengan menu nasi kerabu yang dibuat secara gotong royong, Alhamdulillah semuanya habis.

Semoga semua pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya. Wassalam.

Monday, October 01, 2012

~ Titisan Ilmu PMR & Jadual Anjal T5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi tadi telah di adakan majlis titisan ilmu di dewan sekolah semasa perhimpunan pagi Isnin dengan dihadiri oleh Timbalan Yang Di Pertua PIBG Encik Lau. Program ini sentiasa di adakan bersempena dengan peperiksaan PMR pada minggu hadapan. Semua pelajar tingkatan 3 bersalaman, memohon restu dari guru-guru sebagai motivasi untuk lebih cemerlang dalam PMR dan turut diberikan peralatan tulis sebagai cenderahati. Doanya semoga anak-anak didik sekalian dapat mengharungi peperiksaan ini dengan jayanya. Good luck!

Pada hari ini juga telah bermulanya jadual anjal bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki peperiksaan percubaan pada 2 minggu lepas. Ianya bertujuan untuk memudahkan ulangkali pelajar bagi subjek tertentu dengan masa yang lebih panjang dan bersesuaian. Semoga pelajar semua akan lebih bersemangat membuat persediaan untuk SPM yang akan datang. Semoga berjaya.

Wassalam.

Friday, August 10, 2012

~ Majlis Berbuka Puasa (Kuarters)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Majlis berbuka puasa yang dihadiri kira-kira 250 orang di sekitar kuarters sekolah telah dibuat pada 9.8.2012 di perkarangan rumah Puan Zuraini. Menunya adalah gulai kawah, ayam goreng dan acar. Juadah-juadah sampingan disediakan oleh guru-guru perempuan. Alhamdulillah majlisnya berjalan lancar dan makanannya habis tiada yang membazir. Wassalam.

Tuesday, June 19, 2012

~ Sorotan 10 - 19 Jun 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Melepasi hari-hari yang sibuk di sekolah. Tak sempat keluar n3 di dalam blog ni. Ada banyak yang ingin cerita tapi kekangan masa merantai jemari ini untuk berceloteh. Jadi secara ringkasnya saya kongsikan apa yang berlaku seminggu yang lepas
  1. 10 Jun 2012
    1. Ke Kem Hanifah di Gopeng untuk melihat tempat Kem Bersepadu 2012. 
  2. 11 Jun 2012
    1. Bermula sesi persekolah penggal dua. Mood masih kurang, letih dengan karenah pelajar.
  3. 12 Jun 2012
    1. Mesyuarat Pandu Puteri Daerah CH bilangan 2
    2. Agenda : Keberangkatan Tengku Puan Pahang dan perkhemahan peringkat daerah
  4. 12 - 14 Jun 2012
    1. Sukantara & acara sebelum sukan di padang sekolah dan padang SJK(C) Kg Raja
    2. Kemenangan oleh rumah Sigma
    3. Rumah Beta masih no 4 :)
  5. 15 Jun 2012
    1. Kejohanan sukan tahunan kali ke 25 di padang SJK(C) Kg Raja
    2. Juara keseluruhan rumah Sigma
    3. Rumah Beta no 4 juga :)
  6. 15 - 17 Jun 2012
    1. Perkhemahan Pengakap - Lencana Maju di SJK(T) Boh 2
  7. 16 Jun 2012
    1. Sambutan keberangkatan Tengku Puan Pahang dan deligasi 10 negara Asia Pasific di Avant Chocolate (baca lebih lanjut di sini)
  8. 17 Jun 2012
    1. Demonstrasi kraftangan Pandu Puteri di MARDI Tanah Rata (baca lebih lanjut di sini)
  9. 18 Jun 2012
    1. Taklimat Zoom A & kemasukan pelajar ke APDM di pusat sumber. Unit peperiksaan
  10. Lain-lain :
    1. Kursus guru di PPD - 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysi
Siapa kata jadi cikgu mudah kerjanya? Bukan zaman 70 @ 80-an... Pening kepala dibuatnya. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Friday, May 25, 2012

~ Majlis Perpisahan Pn Rahimah & Pn Fathanah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi tadi telah diadakan perhimpunan untuk meraikan perpindahan 2 orang guru dari SEMEKAR iaitu Puan Rahimah (bertukar ke Kelantan) dan Puan Fathanah (bertukar ke Negeri Sembilan). Majlis agak sebak apabila keduanya memberi ucapan. Sesiapapun akan merasa sedih untuk berpindah kerana tugas dan tanggungjawab serta perhubungan erat yang telah terjalin antara semua warga SEMEKAR. Diharapnya selepas ini Puan Rahimah dan Puan Fathanah akan lebih maju jaya di tempat baharu dan semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan selamanya.

Dengan perpindahan 2 orang guru ini, SEMEKAR menerima 3 orang guru baru iaitu Puan Wan Khatijah, Cik Dallisa dan Cik Nur Ainsyah. Semoga kehadiran guru-huru baru ini akan menceriakan lagi SEMEKAR pada masa akan datang.

Wassalam...

Wednesday, May 16, 2012

~ Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek disponser oleh Puan Farida

Selamat hari guru 2012 diucapkan kepada semua guru di Malaysia, yang pernah mengajarku atau tidak. Guru-guru sekolahku dahulu di SK Telosan, SMK Jeram, Kolej Islam Yayasan Pelajaran Johor, Universiti Putra Malaysia, Maktab Perguruan Batu Pahat dan rakan-rakan seperjuangan di SEMEKAR.

Pada hari ini, kami mengadakan potluck di sekolah, bergelak ketawa sambil menjamu selera dengan juadah yang disediakan masing-masing. Sangat gembira dan teruja. Selalunya sambutan peringkat sekolah akan diadakan selepas 16 Mei kerana bertembung dengan peperiksaan pertengahan tahun.

Buat rakan-rakan semua, semoga terus berusaha memartabatkan profesyen perguruan di mata dunia.

Di sini cheq sue letakkan tema-tema hari guru dari tahun 1072 - 2012 untuk maklumat semua. 
Sumber : Imanshah

2012   GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 

2010    Guru Pembina Negara Bangsa

2009   Guru Pembina Negara Bangsa

2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang


2007  Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006  Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003  Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002  Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001  Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000  Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999  Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998  Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997  Guru Bestari Sekolah Bestari

1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995  Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991  Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990  Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989  Guru Pembina Budaya Ilmu

1988  Guru Pengasas Budaya Membaca

1987  Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986  Pendidikan Teras Nasionalisme

1985  Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984  Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983  Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982  Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981  Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980  Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979  Murid Sejahtera Negara Jaya

1978  Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977  Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976  Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975  Guru dan Pembangunan Negara

1974  Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973  Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972  Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Monday, April 30, 2012

~ Perkhemahan LENCANA USAHA Pengakap 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan Pengakap SEMEKAR telah di adakan pada 27 - 29 April 2012 bertempat di SK Kg Raja dengan penyertaan dari SMK Kg Raja, SMKSAS, SMK Ringlet, SK Kg Raja dan SK Tanah Rata dengan jumlah pesertanya seramai lebih kurang 100 orang. Saya juga turut sama membantu di bahagian dapur sebagai AJK Makanan.

Dengan pelbagai aktiviti yang mesti dibuat, para peserta dengan gigih menyiapkannya cuma ada beberapa aktiviti seperti membuat plaster cast dan kembara 8 km tidak dapat dibuat kerana sebab-sebab tertentu.

Tahniah kepada peserta yang telah menghadiri perkhemahan ini

Wassalam!

Monday, April 02, 2012

~ Program Jejak Gading 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mulai hari ini (2 April 2012), Program Jejak Gading untuk semua pelajar tingkatan 3 dan 5 akan diadakan bermula selepas sekolah (masa belum dipastikan) dengan 2 sesi dibuat untuk matapelajaran yang berbeza. Jika tahun lepas program ini dikenali dengan nama Marathon, tapi tahun ini ianya ditukar kepada Jejak Gading bagi melahirkan lebih banyak sumber yang dapat menjejak langkah ke menara gading.

Semoga dengan dedikasi para guru dan kerjasama dari pelajar akan menjayakan program sepanjang tahun ini. Diharapkan dengan itu juga dapat meningkatkan pencapaian PMR dan SPM SEMEKAR pada tahun ini. Bersama-samalah kita berusaha menggapai kejayaan.

SEMEKAR Sekolahku Hebat

Wassalam!

Friday, March 23, 2012

~ Johan MSSD CH, Tahniah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekali lagi SEMEKAR melakarkan kejayaan di dalam pertandingan sukan peringkat daerah Cameron Highlands 2012. Satu kemenangan yang bukan mudah, penuh jerit perih dan segala usaha dipertaruhkan. Kejayaan ini sangat berharga sebagai tebusan ekoran kekalahan dalam pencapaian SPM 2011  di samping mengekalkan takhta juara 2011. 

Dengan sokongan padu para guru, bekas pelajar dan para atlit, kontinjen SEMEKAR membawa pulang 23 pingat emas, 18 perak dan 18 gangsa. Di samping itu Khaw Hooi Qing telah berjaya mendapat anugerah Olahragawati (P) bawah 18 tahun. Sesungguhnya pencapaian ini amat berharga sehingga menitiskan airmata Puan Pengetua. Walaupun Puan GPK Ko sedang bercuti bersalin, tentunya beliau bangga dengan pencapaian ini.

Semoga kejayaan ini akan diteruskan lagi pada tahun akan datang. Kepada semua team unit sukan, tahniah!
Wassalam!

Tuesday, March 20, 2012

~ MSSD Daerah Bermula!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

MSSD Daerah Cameron Highlands telah bermula mulai hari ini 20 Mac 2012 hingga 22 Mac 2012 bertempat di Padang Majlis Daerah Cameron Highlands bersebelahan SMK Sultan Ahmad Shah. Dengan kontinjen SEMEKAR yang diketuai oleh En Hassan, diharapkan agar kejayaan 2011 dapat dikekalkan.

Dengan penglibatan agak ramai pegawai teknikal sekolah ke MSSD, telah diadakan pertandingan melukis poster antidadah dan program motivasi untuk tingkatan 3 dan 5.

Good Luck!