Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan Peralihan, 1 & Pelajar Baru

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 31 Disember 2015
Hari : Khamis
Masa : 8.30-12.30

Agenda :
1. Memperkenalkan guru-guru
2. Taklimat Unit Kurikulum, HEM, Kurikulum, PIBG
3. Pengagihan kelas
4. Pembahagian buku teks

Wednesday, October 30, 2013

~ 5 MPV Good Luck Party

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 25.10.2013 yang lalu, saya dan budak2 5MPV mengadakan jamuan makan2 di dalam kelas sebagai memenuhi janji sejak awal tahun dengan mereka. Dari sehari ke sehari dok tuntut janji...jadi saya buat sebiji kek dan suruh Mok Ja gorengkan 3 peket mihun untuk di bawa ke sekolah. Kebetulan saya ada program anjal masa 1 hingga 3 jadi pada waktu itulah kami menjamu selera. Sebenarnya agak takut kantoi juga..maklumlah buat makan dalam waktu PdP.

Kira2 ini sebagai galakan untuk mereka agar berusah bersungguh2 dalam SPM yang bakal menjelma. Saya mendoakan agar mereka dipermudahkN segala urusan.

Saya kongsikan sedikit gambar sebagai kenang-kenangan...









Monday, May 13, 2013

~ Pelancaran Program Sekolah Penyayang (PSP)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa perhimpunan rasmi (13 Mei 2013) pagi tadi, Unit Disiplin dengan diwakili oleh Puan Norlia telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Sekolah Penyayang dengan dirasmikan oleh Puan Pengetua SEMEKAR. Saya tidak dapat menangkap dengan jelas butir bicaranya kerana bertugas di dalam bilik audio.

Tetapi daripada pengetahuan sedia ada, PSP sebenarnya menunjukkan kepedulian semua pihak terhadap semua yang ada di persekitaran sekolah bukan sahaja merangkumi perhubungan guru dengan pelajar tetapi juga pelajar dengan staf yang lain.

Antara program yang telah di rancangkan untuk menjalankan PSP adalah seperti menyambut kedatangan pelajar sekolah (pagi), mengadakan sambutan hari ulang tahun, membetulkan pakaian pelajar serta memberi bimbingan yang lebih dalam setiap aspek.

Dan pada pagi tadi juga telah di adakan sambutan ulang tahun pelajar (bulan Mei) dengan gimik memotong kek. Lebih istimewa lagi apabila pengetua menyuapkan sepotong kek kepada pelajar yang terpilih. Dan majlis makan-makan kek tu kemudiannya di teruskan semasa waktu rehat.

Semoga program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak demi mendapatkan sekolah yang terbilang daripada semua segi.

Wassalam.

Monday, March 04, 2013

~ Karnival Ko-akademik Bahasa Melayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertandingan karnival Bahasa Melayu peringkat daerah akan di adakan di SEMEKAR pada 5 Mac 2013 dengan penyertaan semua sekolah menengah di CH manakala bagi sekolah rendah akan di adakan di sekolah bersebelahan iaitu di SK Kg Raja.

Antara acara yang akan dipertandingkan adalah pidato, bahas ala parlimen, pantun, sahibba dan forum. Diharapkan penyertaan SEMEKAR akan mendatangkan kejayaan sekali lagi.

Wassalam.

Sunday, February 10, 2013

~ Majlis Perpisahan GPK 1 & GPK Ko

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Jumaat lepas (8.2.2013) SEMEKAR telah mengadakan majlis perpisahan buat GPK 1 dan GPK Ko iaitu En Che Wang dan Puan Hasnah yang akan bertukar ke SMK Sultan Ahmad Shah dan SMK Ringlet. Dalam majlis yang penuh saya dan emosi, kami semua berasa sangat kehilangan dengan perpindahan keduanya. Ini kerana mereka berdua telah lama berkhidmat di SEMEKAR, sehingga 20 tahun lebih. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan semoga berbahagia selalu.

Pada majlis itu juga, SEMEKAR telah menerima pengganti kedua-dua GPK tersebut iaitu En Abdul Rahman dan En Idham Sharing (keduanya dari SMK Ringlet).

Wassalam.

Tuesday, January 22, 2013

~ Penyampaian Bantuan Awal Tahun RM100 Fasa 1 & Fasa 2 (Zon 1)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini (pagi dan petang) telah berlangsungnya majlis  penyampaian bantuan awal persekolahan RM100 kepada semua pelajar SEMEKAR yang berdaftar. Ianya dibuat dalam 2 fasa, iaitu :

Fasa 1 : 11.30 - 1 petang
Pelajar PY, 1, 2, 3, 4, 5I, 5MPV
Tempat : Kelas masing-masing

Fasa 2 : 2.15 petang
Pelajar : Kelas 5T, 5J, 5Y & pelajar dari SK Kg Raja, SJK(C) Kg Raja & SJK (T) Blue Valley - Zon 1
Tempat : Dewan SEMEKAR
Perasmi : YB Dato' S.K. Devamany

Semoga dengan pemberian bantuan ini akan meringankan beban ibu bapa untuk menjalankan persekolahan anak-anak dan gunakanlah bantuan tersebut dengan cara yang betul.

Wassalam.


Monday, December 31, 2012

~ Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & Bengkel Penentuan TOV / ETR Tingkatan 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi tadi, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang telah diadakan orientasi bagi pelajar tingkatan 1. Di dalam majlis itu para pelajar baru didedahkan dengan sedikit sebanyak persekitaran di sekolah baharu serta di maklumkan dengan maklumat penting yang mesti diketahui. Untuk tahun hadapan, bilangan pelajar tingkatan 1 agak ramai, di mana 4 kelas mempunyai purata pelajar lebih dari 35 orang. Agak sesak jugak para guru nak menguruskan PBS nampaknya.

Selepas sahaja majlis orientasi selesai, guru-guru yang mengajar tingkatan 3 telah menjalani bengkel penentuan TOV dan ETR bagi tingkatan 3 2013 untuk menentukan GPG (gred purata guru - prestasi) berdasarkan pencapaian PMR 2012.  Saya turut terlibat kerana mengajar pendidikan moral di tingkatan 3 Jujur. Bengkel ini juga merupakan bengkel pertama untuk pengisian e-SPLG 2013.

Adalah menjadi harapan agar tahun hadapan memberikan seribu keindahan pada semua warga SEMEKAR. Jumpa 2 Januari nanti. Wassalam.

Tuesday, October 30, 2012

~ Makan Malam SEMEKAR 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 29 Oktober 2012
Tempat : Hotel Equatorial CH
Kehadiran : Semua staf & kakitangan 

Majlis makan malam tahunan SEMEKAR telah diadakan di Hotel EQ, berlangsung dengan meriah  dan riuh rendah dengan kehadiran semua staf dan kakitangan serta YDP dan Naib YDP PIBG sekolah. Pada majlis ini juga diadakan pemberian kain batik baru yang disumbangkan oleh PIBG. Dengan menu Chinese buffet, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. TQ pada semua.


Wassalam...

Monday, July 09, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Ke 28

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

5 Julai lalu telah di adakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SEMEKAR kali ke 28 bertempat di Dewan Sekolah dengan dirasmikan oleh YDP PIBG En Selvaraju a/l Ramasamy. Pada tahun ini terdapat sedikit pembaharuan di mana lebih banyak penghargaan dan sijil diberikan kepada pelajar yang memberi sumbangan dalam bidang ko kurikulum dan sukan, terutama kepada pelajar tingkatan lima selain daripada hadiah-hadiah untuk kecemerlangan bidang akademik.

Bagi tahun 2011, pelajar contoh lelaki di sandang oleh Murali Kumar a/l Mogana Rajah manakala pelajar perempuan diterima oleh Banumathi a/p Shanmugam. Pelajar bersemangat sekolah pula dianugerahkan kepada Lim En Grace. Tahniah kepada semua yang mendapat hadiah, sijil dan penghargaan. 

Disebelah tengah harinya pula di adakan majlis mengambil slip peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan PY, 2 hingga 5. Pada kali ini kehadiran ibu bapa ke sekolah menunjukkan peningkatan kerana telah diberi syarat sesiapa yang ibu bapanya datang mengambil slip peperiksaan dibenarkan pulang lebih awal. Mmmmmm satu strategi yang bijak untuk di aplikasikan lagi di masa akan datang. 

Wassalam.

Friday, May 25, 2012

~ Majlis Perpisahan Pn Rahimah & Pn Fathanah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi tadi telah diadakan perhimpunan untuk meraikan perpindahan 2 orang guru dari SEMEKAR iaitu Puan Rahimah (bertukar ke Kelantan) dan Puan Fathanah (bertukar ke Negeri Sembilan). Majlis agak sebak apabila keduanya memberi ucapan. Sesiapapun akan merasa sedih untuk berpindah kerana tugas dan tanggungjawab serta perhubungan erat yang telah terjalin antara semua warga SEMEKAR. Diharapnya selepas ini Puan Rahimah dan Puan Fathanah akan lebih maju jaya di tempat baharu dan semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan selamanya.

Dengan perpindahan 2 orang guru ini, SEMEKAR menerima 3 orang guru baru iaitu Puan Wan Khatijah, Cik Dallisa dan Cik Nur Ainsyah. Semoga kehadiran guru-huru baru ini akan menceriakan lagi SEMEKAR pada masa akan datang.

Wassalam...