Showing posts with label Seminar / Kursus / Taklimat / Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Seminar / Kursus / Taklimat / Bengkel. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

~ Seminar Integriti Warga Pendidikan, CH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semalam saya menghadiri satu seminar di PPD. Berkaitan integriti. Menarij juga seminarnya, dengan penceramah dari JPNP dan kerjasama Majlis Integriti Malaysia. Banyaklah maklumat yang telah dikongsikan. Sebenarnya sebelum ni dah pernah hadir seminar seperti ini tahun lepas di Taman Sedia.


Lepas ni ada fasa 2 pulak.. siap sedia ya cikgu2 lain.

Monday, December 31, 2012

~ Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & Bengkel Penentuan TOV / ETR Tingkatan 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi tadi, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang telah diadakan orientasi bagi pelajar tingkatan 1. Di dalam majlis itu para pelajar baru didedahkan dengan sedikit sebanyak persekitaran di sekolah baharu serta di maklumkan dengan maklumat penting yang mesti diketahui. Untuk tahun hadapan, bilangan pelajar tingkatan 1 agak ramai, di mana 4 kelas mempunyai purata pelajar lebih dari 35 orang. Agak sesak jugak para guru nak menguruskan PBS nampaknya.

Selepas sahaja majlis orientasi selesai, guru-guru yang mengajar tingkatan 3 telah menjalani bengkel penentuan TOV dan ETR bagi tingkatan 3 2013 untuk menentukan GPG (gred purata guru - prestasi) berdasarkan pencapaian PMR 2012.  Saya turut terlibat kerana mengajar pendidikan moral di tingkatan 3 Jujur. Bengkel ini juga merupakan bengkel pertama untuk pengisian e-SPLG 2013.

Adalah menjadi harapan agar tahun hadapan memberikan seribu keindahan pada semua warga SEMEKAR. Jumpa 2 Januari nanti. Wassalam.

Saturday, October 13, 2012

~ Program Kasih Disemai Sayang Dibelai (KDSD)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 13 Oktober 2012
Tempat : Dewan SK Tanah Rata, CH
Masa : 8.30 - 12.30
Anjuran : PPDCH & JPN Pahang

SESI 1
  • Ceramah KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Penceramah : YBhg Kapten (B) Dr Shamsuddin b. Moner 
  • Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Malaysia


SESI 2 (BIG)
  • Forum Bicara Intelek Guru
  • Berkisar kepada dasar-dasar gagasan 1 Malaysia, ancaman keselamatan negara dan isu-isu semasa
  • 3 panel jemputan dari SMK Jengka 3, SMK St Thomas (1 lagi tak ingat dari mana tapi namanya En Yusof)
MAJLIS PENUTUP
  • Oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
  • En Nor Ahmad B Abdul Rahim, AMP


Wednesday, September 05, 2012

~ Debriefing Percubaan PMR 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Debriefing peperiksaan percubaan PMR yang lalu akan di adakan pada 6 Sept 2012 bertempat di dewan sekolah dengan dihadiri oleh Tuan PPD. Pada 8 Sept 2012 (hari n3 ini ditulis) telah diadakan pra debriefing yang bertempat di pusat sumber sekolah. Para ketua panitia dan guru mengajar tingkatan 3 khasnya telah bekerjasama menyediakan data-data dan slaid yang diperlukan. Nampaknya banyak juga pembetulan yang harus dibuat. Semoga berjaya.

Wassalam...

Wednesday, May 02, 2012

~ Seminar Perkongsian P&P T5 / T6 Dan Majlis Anugerah Mutiara Budi SPM / STPM 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 2 Mei 2012
Tempat : Hotel Titiwangsa
Anjuran : PPD CH

Agenda :
  1. Pembentangan dan perkongsian ilmu ~ Bahasa Melayu oleh Puan Norizan Bt Abdul Hamid (SMKSAS)
  2. Bengkel Pemurnian TOV / ETR ~ KB, KP, GMP
  3. Pembentangan ETR SPM & STPM ~ GPK Pentadbiran
  4. Majlis Anugerah Mutiara Budi SPM & STPM 2011 

Penerima Anugerah Mutiara Budi SPM 2011
  1. Pn Noor Risha ~ BM
  2. En Roslan ~ BM
  3. Pn Hasnah ~ BM
  4. Pn Siti Noor ~ PI
  5. Pn Rahimah ~ SEJ
  6. En Ravindran ~ BT
  7. Cik Suhaila ~ TM

Tuesday, April 24, 2012

~ Kursus Fertigasi Tanaman

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah 3 tahun (atau lebih kot...) tidak keluar berkursus ke mana-mana, akhirnya saya telah dipanggil mengikuti satu kursus dinamakan KURSUS FERTIGASI TANAMAN yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional KPM pada 23 - 27 April 2012 bertempat di Hotel Titiwangsa, CH. Alahai, dapatlah merasa tidur di hotel di CH. ^_^

Kebanyakan peserta adalah dari seluruh negara, dan rata2 adalah kawan seperjuangan yang saya kenali, sama-sama mengajar MPV Tanaman Makanan kecuali ada beberapa nama yang tidak pernah jumpa. Jumlahnya seramai 20 orang. Kebanyakan perjalanan kursus dibuat di MARDI CH. Mesti best. Last sekali buat kursus fertigasi ni adalah di GM Peladang Kuala Terengganu (tahun bila tak ingat). Moga2 dengan kursus ni akan menambahkan lagi kemahiran dalam pengajaran dan pentaksiran modul 3 dengan lebih baik lagi.

Wassalam!

Monday, April 16, 2012

~ Sana Sini PBS

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya pasti di kebanyakan sekolah PBS untuk tingkatan 1 bagi  semua mata pelajaran telah pun bermula atau mungkin dalam proses pelaksanaan. Bermula dengan matapelajaran KH dan Pendidikan Moral, kursus kepada JU dan kini kepada guru yang mengajar. Bagi yang yang tidak mengajar tingkatan 1, dapat melihat bagaimana kawan2 membuat instrumen mahupun dokumen yang berkaitan. Baru2 ini telahpun datang pemantau dari KPM diikuti dari JPN, melihat pelaksanaan PBS Pendidikan Moral (fail dan P&P).

Untuk taklimat kepada guru mengajar ni, kursus akan di adakan di PPD CH, SMK Padang Tengku, SMK Clifford dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Lipis. Ianya akan bermula pada 17 April - 8 Mei 2012 dengan masa kursus selama 3 hari (bergilir2 mata pelajaran). Selamat berkursus la ye...tambah2 pening la korang eh... Saya pun sebenarnya dalam proses untul berkursus PAV, nanti ada maklumat saya cerita ya...

Wassalam!