Thursday, October 31, 2013

~ Seminar Integriti Warga Pendidikan, CH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semalam saya menghadiri satu seminar di PPD. Berkaitan integriti. Menarij juga seminarnya, dengan penceramah dari JPNP dan kerjasama Majlis Integriti Malaysia. Banyaklah maklumat yang telah dikongsikan. Sebenarnya sebelum ni dah pernah hadir seminar seperti ini tahun lepas di Taman Sedia.


Lepas ni ada fasa 2 pulak.. siap sedia ya cikgu2 lain.

Wednesday, October 30, 2013

~ 5 MPV Good Luck Party

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 25.10.2013 yang lalu, saya dan budak2 5MPV mengadakan jamuan makan2 di dalam kelas sebagai memenuhi janji sejak awal tahun dengan mereka. Dari sehari ke sehari dok tuntut janji...jadi saya buat sebiji kek dan suruh Mok Ja gorengkan 3 peket mihun untuk di bawa ke sekolah. Kebetulan saya ada program anjal masa 1 hingga 3 jadi pada waktu itulah kami menjamu selera. Sebenarnya agak takut kantoi juga..maklumlah buat makan dalam waktu PdP.

Kira2 ini sebagai galakan untuk mereka agar berusah bersungguh2 dalam SPM yang bakal menjelma. Saya mendoakan agar mereka dipermudahkN segala urusan.

Saya kongsikan sedikit gambar sebagai kenang-kenangan...