Showing posts with label Perkhemahan. Show all posts
Showing posts with label Perkhemahan. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Kem Bersepadu 2014, Taiping, Perak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tarikh : 31.10.14 - 2.11.14
Tempat : Taman Tasik, Taiping
Peserta : 79 orang
Unit : Kadet Polis, KRS, PBSM, Pandu Puteri & Pengakap
Giliran Kem Komandan : KRS
Guru-guru terlibat :
  1. En Idham Sharing - GPK Kokurikulum
  2. En Anuar - KRS
  3. En Yusoff - Pengakap
  4. En Izzat - Pengakap
  5. En Che Nassir - Kadet Polis
  6. En Nik Firdaus - Kadet Polis
  7. En Chuink Teck Hwa - Kadet Polis
  8. En Baharun - PBSM
  9. En Hisham - Pengakap
  10. Pn Siti Norhayati - KRS
  11. Pn Muhaini - Pandu Puteri
  12. Pn Noorlia - Pandu Puteri
  13. Cik Suhaila - Kadet Polis
  14. Cik Najmin Fatehah - Pengakap
  15. Pn Siti Azmanira - SU Kokurikulum
  16. Pn Erwani - Pengakap
  17. Pn Normalini - PBSM
  18. Cik Roshima - Kadet Polis
  19. En Ooi Keng Heng - Pengakap
  20. En Roslan (tak pasti unit mana)

Wednesday, July 18, 2012

~ Kem Bersepadu 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 13 - 15 Julai 2012
Tempat : Kem Hanifa, Gopeng Perak
Peserta : 74 orang
Guru : 19 orang (5 pengiring selebihnya selepas sekolah)

Kerana kesibukan, tak sempat bercerita tentang Kem Bersepadu yang telah dibuat hujng minggu lepas. Di sini saya ingin berkongsi segala pengalam mengendalikan perkhemahan dan perkara2 yang berlaku untuk perkongsian semua.

Catatan sepanjang kem :-

13 Julai 2012
  • Bertolak dari sekolah dalam pukul 9 pagi, 2 buah bas dengan guru pengiring seramai 5 orang (3 menaiki kereta dan 2 menaiki bas)
  • Sampai dalam pukul 11 pagi, dirikan khemah dan berehat
  • Pelajar & guru Islam ke masjid untuk solat Jumaat
  • Petangnya aktiviti ice-breaking dan ikatan & simpulan
  • Malamnya dibuat night walk

14 Julai 2012
  • Senaman - jungle tracking - rehat - paintball - malam kebudayaan
  • Pukul 3.30 pagi, seorang pelajar mengalami kejang otot, dibawa ke Hospital Kampar, ditahan. Maklum kepada ibu bapa

15 Julai 2012
  • Senaman - masakan rimba - penutup - balik ke CH
  • Bas yang dijanjilan sampai lambat dalam pukul 6.30 petang. 
  • Semasa masakan rimba, satu kumpulan telah memanaskan tin sardin tanpa membukanya terlebih dahulu, menyebabkan tin trsebut meletup dan menyebabkan luka sepanjang 2" di paha seorang peserta. Bawa ke Hospital Kampar dan dijahit.
  • Satu bas persiaran, satu bas sekolah *x*.

Terima kasih sekalung budi pada semua yang terlibat. Wassalam.

Sunday, July 01, 2012

~ Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012 : Day 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada hari kedua perkhemahan iaitu 28 Jun 2012, telah di adakan beberapa aktiviti yang berupa pengajaran dan pertandingan. Semua aktiviti ini di jalankan di sebelah luar tapak perkhemahan. Antara aktiviti yang dibuat adalah gubahan, permainan KIMS, memasak, kraftangan, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, riadah dan melam kebudayaan. Sebagai kem komandan, pergerakan amat terbatas untuk melihat pelajar membuat aktiviti, tetapi dengan sedikit bingkisan yang ada ni bolehlah dijadikan kenang-kenangan.

Peseta pertandingan permainan KIMS daripada SK Menson, sibuk menulis jawapan. Permainan dikendalikan oleh guru SK Kampung Raja. Tahniah!!

Pelajar yang tidak terlibat pertandingan bagi aktiviti gubahan. Aktiviti dikendalikan oleh guru SK Brinchang. Tahniah Kak La kerana berjaya menghasilkan gubahan rama-rama yang cantik menawan.

Ini pula peserta pertandingan kraftangan yang membuat bunga carnation dari tisu. Pelajar di dalam gambar adalah dari sekolah saya. Tahniah SK Convent yang mengendalikan aktiviti ini.

Ini pula aktiviti bagi pelajar yang tidak terlibat dengan pertandingan memasak. Cheq sue dengan bantuan penolong kem komandan menjalankan aktiviti menyalakan api dan membuat roti lilit. Alhamdulillah ada yang berjaya. Tahniah.

Pada malamnya pula di adakan pertandingan malam kebudayaan untuk semua peserta dengan tema "ENAM PULUHAN". Rata-rata peserta membuat persembahan yang menarik dan menyeronokkan.

Selesai aktiviti malam kebudayaan, aktiviti hari kedua diakhiri dengan COH bersama guru pemimpin setiap sekolah. Wassalam.

Saturday, June 30, 2012

~ Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012 : Day 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah perkhemahan Pandu Puteri daerah Cameron Highlands 2012 yang dirancang telahpun berjaya dijalankan dengan sempurna. Bermula 27 Jun hingga 29 Jun, perkhemahan itu dapat dibuat dalam keadaan gembira, teratur dan tenang. Sebagai KEM KOMANDAN, saya dan 2 orang helpers bergerak ke tapak perkhemahan sedari pagi 27 Jun untuk menyiapkan beberapa perkara yang perlu di samping membincangkan perkara tidak jelas bersama PESURUHJAYA DAERAH dan PENOLONG KEM KOMANDAN. 


Dalam pukul 1 tengah hari, pasukan pertama tiba iaitu SK Kampung Raja dan mereka terus memasang khemah. Namun, hujan yang agak lebat menyambut mereka sehingga ada yang tepaksa memasang khemah di dalam hujan.  Semua 8 sekolah yang mengambil penyertaan dapat mendirikan khemah dan bersedia untuk aktiviti pertama iaitu taklimat pada petangnya. Walaupun begitu hujan semakin lebat dan berlarutan hingga ke malam.


Walaupun dalam hujan dan kesejukan, kesemua 78 orang pelajar dan 28 guru dapat menghadiri taklimat seperti dirancang. Pada malamnya pula ada aktiviti nyanyian. Cuaca sangat sejuk dengan purata suhu di bawah 10'. Tidur malam pun terganggu dek kesejukan melampau. Rasanya sepanjang 9 tahun di CH sejuk pada malam tu adalah sejuk yang paling sejuk sehingga terketar-ketar.

Jadi setelah aktiviti malamnya ditamatkan lebih awal, peserta dapat merehatkan diri dan rileks di dalam kesejukan. Maka selesailah hari pertama. Wassalam.

Thursday, June 21, 2012

~ Kem Bersepadu : Mesyuarat 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada waktu rehat semalam (20 Jun 2012), unit beruniform sekolah telah mengadakan mesyuarat pengurusan kali ke 2 untuk Kem Bersepadu yang akan dibuat pada bulan Julai nanti. Mesyuarat 1 telah dijalankan pada 21 Jun 2012 yang lalu. Saya kongsikan di sini jika ada yang ingin membuat rujukan. Antara agenda yang dibincangkan adalah :
  1. Bilangan pelajar bagi setiap unit
    1. Penyertaan pelajar mewakili setiap unit uniform kecuali Kadet Polis yang langsung tiada wakil
    2. Paling ramai adalah dari Unit Pengakap
    3. Jumlah keseluruhan adalah 41
    4. Pelajar yang telah memberikan nama tidak boleh menolak, jika mahu perlu cari ganti
    5. Guru pengiring 3 orang
    6. Jumlah keseluruhan 44 orang
  2. Surat kelulusan
    1. Sudah terima surat kebenaran dari Sektor Pengurusan Sekolah (Pendaftar Sekolah-Sekolah Pahang) untuk menjalankan kem
    2. Kali pertama permohonan ditolak kerana tidak sama tarikh dalam surat permohonan dan format pelancongan
  3. Bilangan guru terlibat dan pengesahan
    1. Bilangan guru perlu disahkan untuk tempahan makanan dan kutipan wang
    2. Lebih kurang 10 - 13 orang yang akan pergi selepas persekolahan
    3. Guru perlu membayar sejumlah tertentu untuk menampung kos makan minum
  4. Khemah
    1. Diuruskan oleh Izzat
    2. Dicadangkan untuk membuat khemah ala khemah perkahwinan
    3. Akan diuruskan kemudian
  5. Bas
    1. Tempahan bas Chandran
    2. Pengesahan jumlah bayaran
  6. Bayaran pelajar
    1. Makan minum
    2. Paintball
    3. Jungle tracking
    4. Baju (KIV)
  7. Aktiviti
    1. Ice breaking
    2. Aktiviti asas unit beruniform
    3. Jungle tracking
    4. Paintball
    5. Night walk
    6. Mandi sungai
    7. Sukaneka
  8. Perkongsian maklumat 10 Jun 2012
    1. Kos makan minum
    2. Kemudahan kem
    3. Kos aktiviti
  9. Hal-hal lain
    1. Baju - diruskan oleh Hassan
    2. Resit untuk bayaran wang pelajar
    3. Mesyuarat ke 3 - akan datang
    4. Kemaskini kewangan : pendapatan dan perbelanjaan

Monday, April 30, 2012

~ Perkhemahan LENCANA USAHA Pengakap 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan Pengakap SEMEKAR telah di adakan pada 27 - 29 April 2012 bertempat di SK Kg Raja dengan penyertaan dari SMK Kg Raja, SMKSAS, SMK Ringlet, SK Kg Raja dan SK Tanah Rata dengan jumlah pesertanya seramai lebih kurang 100 orang. Saya juga turut sama membantu di bahagian dapur sebagai AJK Makanan.

Dengan pelbagai aktiviti yang mesti dibuat, para peserta dengan gigih menyiapkannya cuma ada beberapa aktiviti seperti membuat plaster cast dan kembara 8 km tidak dapat dibuat kerana sebab-sebab tertentu.

Tahniah kepada peserta yang telah menghadiri perkhemahan ini

Wassalam!