Showing posts with label Sekolah Ganti. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Ganti. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

~ Sekolah Ganti 22 Sept 2012 & Karnival RIMUP

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu semalam telah dijalankan sekolah ganti untuk cuti Aidilfitri yang lalu. Dengan menggunakan jadual hari Jumaat, masa persekolahan telah dipanjangkan sehingga pukul 1 tengah hari memandangkan banyak acara dan aktiviti yang dijalankan.

Antaranya ialah Larian Kemerdekaan (Jalur Gemilang), penyerahan slip peperiksaan pra SPM dan PMR serta peperiksaan bulan Ogos, pertandingan lagu patriotik dan Karnival RIMUP.  Gerai-gerai jualan yang menyajikan banyak makanan lazat habis sekelip mata. Malah GPK Pentadbiran turut menyuarakan pandangan untuk mengadakan mini karnival sebegini 2 atau 3 kali setahun memandangkan ambutan yang sangat menggalakkan.

Wassalam...

Saturday, September 08, 2012

~ Sekolah Ganti 8 Sept 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rata-rata hari ini sekolah2 di Malaysia menggantikan hari persekolah sebebelum Aidilfitri lalu. Jadual yang digunakan adalah hari Khamis. Pelajar tingkatan 5 ada program motivasi dengan YB Ho Yip Kap (mantan pengetua SMK Ringlet). Pelajar tingkatan 3 pula ada program pra PMR di dewan, menjawab soalan kertas 1 mata pelajaran BM, BI, Sejarah, Sains dan Matematik manakala kelas2 yang lain menjalani P&P seperti biasa. 

Wassalam.

Saturday, April 21, 2012

~ Sekolah Ganti 21 April 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini kebanyakan sekolah di Malaysia mengadakan sekolah ganti (Cuti Deepavali) dengan menggunakan jadual hari Khamis tetapi balik lebih awal iaitu pada pukul 1.35 petang.

Pada pagi tadi juga telah di adalah Program Sekolah Penyayang iaitu salah satu aktiviti dalam PrOD di mana para guru menyambut kehadiran pelajar ke sekolah, mengucapkan tahniah, membetulkan tali leher dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke sekolah. Pelajar yang tidak hadir dikira sebagai ponteng dan akan dimerit sebanyak 5 markah.

Nampaknya, selepas ini guru perlu lebih mengutamakan konsep Mesra Pelajar. Phewwww... Moh le mengajar. 

Wassalam!