Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
"KENA buli? adat la tu...tinggal di asrama." Itulah jawapan yang selalu keluar daripada seorang pelajar yang sudah keluar dari kepompong asrama, berasakan buli itu adalah budaya ataupun adat ketika di asrama.
Baru-baru ini, lima daripada enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah tersebut selepas kes buli ini menjadi viral di laman sosial.
Buli adalah bersifat mencederakan fizikal seseorang dan memberi tekanan kepada mental seseorang. Selain dari jenayah meragut dan merompak, buli dianggap satu jenayah yang lebih berat kerana bukan sahaja memberi kecederaan kepada fizikal, malah memberi tekanan emosi kepada seseorang.
Dengan tempoh yang lama, buli ini banyak berlaku di sekolah berasrama, yang kuat akan membuli yang lemah, yang besar akan membuli yang kecil dan kumpulan yang besar akan membuli kumpulan yang kecil.
Buli ini terjadi apabila terbentuk satu kumpulan yang ramai berasakan seseorang akan berasa selamat apabila keselamatannya terjaga oleh kumpulannya. Jadi, dengan sebab itu, seseorang akan berasa bebas untuk melakukan perkara-perkara ganas seperti membuli pelajar-pelajar lain.
Kebiasaannya, pelajar yang lebih tua umurnya sekitar tingkatan 3 hingga 5 akan membuli pelajar tingkatan 1 atau 2. Dengan umurnya yang lebih tua dan berbadan besar, mereka berasa seronok untuk membuli pelajar lain dan menjadikan ia satu hobi ketika waktu terluang bersama kumpulannya. Pembuli ini akan cuba mencari kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh seseorang untuk dijadikan punca pergaduhan.
Buli ini adalah satu kesalahan jenayah yang perlu dititik berat oleh masyarakat pada masa ini kerana ia memberi tekanan emosi kepada seseorang dalam tempoh yang panjang. Cuba bayangkan, pelajar mula dibuli sejak tingkatan 1 hingga 5, tekanan emosi dan psikologi yang dialami pelajar ini akan membuatkan pelajarannya terganggu. Jadi, isu ini bukan kecil, ia boleh menghancurkan masa depan negara yang mengharapkan pertumbuhan akademik yang baik daripada anak muda untuk mewarisi kepimpinan negara.
Kebiasaannya, buli ini berlaku pada hujung minggu, iaitu sekitar waktu petang hingga ke pertengahan malam. Buli ini banyak berlaku pada waktu tengah malam kerana pelajar berasa bosan dengan waktu tersebut selepas mengambil keputusan untuk tidur pada waktu petangnya. Jadi, tenaga yang cergas dibawa ke waktu tengah malam untuk membuli pelajar lain.
Punca berlaku buli adalah pelajar tidak diluangkan masa dengan aktiviti berfaedah selepas sesi persekolahan ataupun cuti hujung minggu. Jadi, pihak guru mesti menyusun aktiviti untuk pelajar seperti bersukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Dengan ini, pelajar tidak akan terjebak dengan gejala buli ini kerana dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti tersebut.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengarahkan pengawal untuk meronda-ronda ataupun memantau keadaan asrama pada waktu malam untuk keselamatan pelajar daripada dibuli. Warden asrama perlulah tegas dan pantas apabila menerima aduan tentang buli di asrama. Sifat warden yang tidak mengendahkan aduan akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa panjang berlaku.
Contohnya, pelajar yang dibuli akan menjadi seorang pembuli apabila dia meningkat umur kerana perasaannya mahu melepaskan tekanan, geram dan dendam. Sasarannya, sudah pastilah pelajar yang kecil atau bawah umur daripadanya. Jadi, beginilah pusingan yang sama untuk tahun-tahun berikutnya kerana jenayah buli ini menjadi satu budaya atau adat bagi pelajar yang tinggal di asrama.
Jalan yang seterusnya ialah apabila pihak sekolah menerima aduan buli yang mengakibatkan kecederaan fizikal, secara terus laporkan masalah ini kepada pihak polis supaya hukuman yang setimpal dapat dilakukan.
Persoalannya, adakah buli dengan cara mengejek seperti ‘awak gemuk’, 'awak pendek’ sudah berjaya dibatasi? Inilah buli yang tersirat atau buli melalui psikologi yang tidak dapat dikawal, melainkan dengan contoh teladan ibu bapa yang baik kepada anak-anaknya dalam pertuturan seharian.
* Muhammad Azlan Ahmad Nazri, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
[SUMBER]

No comments:
Post a Comment