Showing posts with label Girl Guides. Show all posts
Showing posts with label Girl Guides. Show all posts

Sunday, July 01, 2012

~ Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012 : Last Day

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk hari terakhir, telah di adakan aktiviti kembara pada sebelah paginya sebelum acara penutup. Oleh kerana harinya adalah hari Jumaat, maka penutupan di adakan lebih awal bagi membolehkan ibu @ bapa yang mahu mengambil anak sebelum solat Jumaat. Bagi aktiviti kembara, ianya dikendalikan oleh SMK Sultan Ahmad Shah dengan bantuan 3 orang RELA. Trek kembara kali ini adalah melalui hutan di bahagian belakang tapak perkhemahan, dengan purata perjalanan 1 jam.

Untuk majlis penutupan pula, ianya diadakan secara dalaman tidak melibatkan PPD atau jemputan. Oleh kerana Datin Zaharah (isteri DO CH - penaung PPP Daerah) tiada maka ucapan penutup disampaikan oleh Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Daerah CH iaitu Puan Suria Bt Abu Bakar.

Antara keputusan penuh pertandingan sepanjang perkhemahan :

Pertandingan memasak
    1. SK Tanah Rata
    2. SK Kampung Raja
    3. SMK Kampung Raja
Pertandingan kraftangan
    1. SK Convent
    2. SK Tanah Rata
    3. SK Ringlet
Pertandingan gubahan
    1. SK Brinchang
    2. SK Kampung Raja
    3. SMK Sultan Ahmad Shah
Pertandingan permainan KIMS
    1. SK Convent
    2. SMK Sultan Ahmad Shah
    3. SK Kampung Raja
Pertandingan malam kebudayaan
    1. SK Menson
    2. SK Tanah Rata
    3. SK Convent
Khemah terbaik
    1. SMK Kampung Raja
    2. SMK Sultan Ahmad Shah
    3. SK Ringlet
Diharapkan dengan tamatnya perkhemahan kali ini, semua daripada kita akan mendapat manfaat sepatutnya. Saya sebagai kem komandan mengucapkan ribuan terima kasih atas semua sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh para guru dan peserta. Segala yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu daripada saya sendiri. Wassalam.

~ Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012 : Day 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada hari kedua perkhemahan iaitu 28 Jun 2012, telah di adakan beberapa aktiviti yang berupa pengajaran dan pertandingan. Semua aktiviti ini di jalankan di sebelah luar tapak perkhemahan. Antara aktiviti yang dibuat adalah gubahan, permainan KIMS, memasak, kraftangan, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, riadah dan melam kebudayaan. Sebagai kem komandan, pergerakan amat terbatas untuk melihat pelajar membuat aktiviti, tetapi dengan sedikit bingkisan yang ada ni bolehlah dijadikan kenang-kenangan.

Peseta pertandingan permainan KIMS daripada SK Menson, sibuk menulis jawapan. Permainan dikendalikan oleh guru SK Kampung Raja. Tahniah!!

Pelajar yang tidak terlibat pertandingan bagi aktiviti gubahan. Aktiviti dikendalikan oleh guru SK Brinchang. Tahniah Kak La kerana berjaya menghasilkan gubahan rama-rama yang cantik menawan.

Ini pula peserta pertandingan kraftangan yang membuat bunga carnation dari tisu. Pelajar di dalam gambar adalah dari sekolah saya. Tahniah SK Convent yang mengendalikan aktiviti ini.

Ini pula aktiviti bagi pelajar yang tidak terlibat dengan pertandingan memasak. Cheq sue dengan bantuan penolong kem komandan menjalankan aktiviti menyalakan api dan membuat roti lilit. Alhamdulillah ada yang berjaya. Tahniah.

Pada malamnya pula di adakan pertandingan malam kebudayaan untuk semua peserta dengan tema "ENAM PULUHAN". Rata-rata peserta membuat persembahan yang menarik dan menyeronokkan.

Selesai aktiviti malam kebudayaan, aktiviti hari kedua diakhiri dengan COH bersama guru pemimpin setiap sekolah. Wassalam.

Saturday, June 30, 2012

~ Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012 : Day 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah perkhemahan Pandu Puteri daerah Cameron Highlands 2012 yang dirancang telahpun berjaya dijalankan dengan sempurna. Bermula 27 Jun hingga 29 Jun, perkhemahan itu dapat dibuat dalam keadaan gembira, teratur dan tenang. Sebagai KEM KOMANDAN, saya dan 2 orang helpers bergerak ke tapak perkhemahan sedari pagi 27 Jun untuk menyiapkan beberapa perkara yang perlu di samping membincangkan perkara tidak jelas bersama PESURUHJAYA DAERAH dan PENOLONG KEM KOMANDAN. 


Dalam pukul 1 tengah hari, pasukan pertama tiba iaitu SK Kampung Raja dan mereka terus memasang khemah. Namun, hujan yang agak lebat menyambut mereka sehingga ada yang tepaksa memasang khemah di dalam hujan.  Semua 8 sekolah yang mengambil penyertaan dapat mendirikan khemah dan bersedia untuk aktiviti pertama iaitu taklimat pada petangnya. Walaupun begitu hujan semakin lebat dan berlarutan hingga ke malam.


Walaupun dalam hujan dan kesejukan, kesemua 78 orang pelajar dan 28 guru dapat menghadiri taklimat seperti dirancang. Pada malamnya pula ada aktiviti nyanyian. Cuaca sangat sejuk dengan purata suhu di bawah 10'. Tidur malam pun terganggu dek kesejukan melampau. Rasanya sepanjang 9 tahun di CH sejuk pada malam tu adalah sejuk yang paling sejuk sehingga terketar-ketar.

Jadi setelah aktiviti malamnya ditamatkan lebih awal, peserta dapat merehatkan diri dan rileks di dalam kesejukan. Maka selesailah hari pertama. Wassalam.