Saturday, November 08, 2014

RIP Tunesh (Peralihan Yakin 2014)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 5 November yang lalu., Cameron Highlands sekali lagi dikejutkan dengan tragedi banjir kilat dan banjir lumpur yang melanda kawasan Bertam Valley (Ringlet) dan juga Kampung Raja. Saya sebetulnya baru balik dari Ringlet pada tengah hari, tidur sekejap bila bangun dah heboh di whatssapp dan telegram tentang banjir yang melanda. Memang sejak kebelakangan ini hujan sering melanda di sebelah petang, dan tahu2 sajalah bila hujan paras air di sungai akan menaik dengan begitu cepat.

Banyak kawasa perumahan di kawasan rendah telah dinaiki air. Kawasan flat  di Taman Matahari memang selalu naik air jika hujan. Begitu juga di kawasan rendah di Kuala Terla. Yang paling mengejutkan apabila salah seorang guru memaklumkan pelajar SEMEKAR iaitu Tunesh dari kelas Peralihan Yakin telah meninggal kerana lemas dihanyutkan air.

Siapa yang tidak terkejut? Saya sendiri tergamam mendengar berita itu. Tunesh merupakan pelajar yang langsung tiada masalah di kelas. Dia sangat suka bersembang dengan guru-guru. Yang menariknya pelajar ini tidak berapa fasih berbahasa Tamil kerana bersekolah rendah di SRJK (C). Saya ada bertanya kepadanya kenapa ambil Bahasa Tamil, katanya dia nak belajar. Semasa sambutan Merdeka-Raya, dia terpilih kerana berpakaian tradisional India. Tak sangka, ajalnya datang ketika dia masih muda...

Takziah kepada keluarganya. SEMEKAR bersedih atas kehilanganmu.

No comments:

Post a Comment