Monday, March 19, 2012

~ Setelah 9 Hari Bercuti...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa cerita cikgu-cikgi semua? Macam mana dengan cuti yang telah berlalu pergi? Pastinya banyak mendatangkankeceriaan di hati. Cheq sue pula sekadar menghabiskan masa di rumah. Dengan anak-anak buah yang cukup semuanya berkumpul memang xde can nak mengadap blog. Dengan line BB macam chipsmore, dan kalau ada pun macam kura-kura, biarkan lah dulu.

Seperti biasanya juga, bila dah bercuti lama memang susah nak mendapatkan mood ke sekolah. Bermula dengan bercintanya nak menggosok baju untuk seminggu...dengan kertas examnya yang belum ditanda...aishhhh. Apapun harapnya minggu ini dapat berjalan lancar. Dengan deretan aktiviti yang menunggu, tambahan pula dengan penggambaran Sekolahku Hebat (ASTRO) dan keputusan SPM yang akan diumumkan 22 Mac ini (Khamis) semua itu mendatangkan deru debar di hati. Pastinya minggu ini akan berlalu dengan pantas tanpa disedari.

Mmmmm...kepada mana-mana warga SEMEKAR yang belum membuat ubahan untuk kata laluan SAPS sila berbuat demikian secepat yang mungkin ya... Jangan kelam kabut pula nanti.. Wassalam.

No comments:

Post a Comment