Friday, March 23, 2012

~ Penggambaran SEKOLAHKU HEBAT by ASTRO

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pelajar-pelajar yang terlibat untuk persembahan tarian

Semalam (12 Mac 2012) telah di adakan penggambaran program SEKOLAHKU HEBAT musim ke 2. Sekolah saya (SEMEKAR) merupakan sekolah terakhir untuk musim ini. Alhamdulillah terselit juga perasaan bangga kerana terpilih. Untuk musim kali ini ianya di acarakan oleh Saudara Azrul (Raja Lawak). Orangnya kecik aje, tapi memang talkative dan sempoi.


Bila melihatkan response pelajar, saya berpendapat bahawa kebanyakannya tidak mengetahui tentang rancangan tersebut. Apabila diajukan soalan, masing-masing agak malu-malu untuk memberi jawapan. Mmmm sekolah kampung la katakan.... *_*

Sejujurnya dari pandangan seorang cikgu, saya berpendapat rancangan sebegini amat bagus untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat menonjolkan kehebatan dan kelebihan sesebuah sekolah. Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan lagi potensi pelajar dan sekolah terlibat.

Sama-sama kita nantikan kemunculannya di ASTRO Ceria. Terima kasih ASTRO. Wassalam!

No comments:

Post a Comment