Wednesday, March 21, 2012

~ Keputusan SPM 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, keputusan SPM telah diumumkan. Boleh baca berita di sini.

Keputusan penuh sekolah :
  1. GPS : 5.49 (turun 0.22 dari 2010 - 5.27)
  2. Kedudukan dalam daerah : 3/3
  3. Pelajar mendapat straight A :
    1. Banumathi - 9A+, 1A (GPI 0.01)
    2. Murali Kumar - 4A+, 4A-, 1A (GPI 0.06)
  4. Jumlah pelajar cemerlang (5A ke atas) : 11 orang

    Keputusan penuh pencapaian Tanaman Makanan 7303
    1. GPMP - 4.80 (naik 1.22 dari 2010 - 5.92)
    2. % lulus - 100%
    3. Pencapaian pelajar : A : 1, B : 3, C+ : 7, C : 4 (15 orang)
    4. Tidak hadir - 3 orang

    Walaupun pencapaian sekolah sedikit menurun, tetapi saya amat bersyukur kerana pencapaian untuk matapelajaran Tanaman Makanan meningkat dari segi kuantiti dan kualiti. Memang sudah dijangka pun sebenarnya. Cuma target untuk A tidak tercapai. Ada seorang pun jadilah setelah beberapa tahun hanya berangan-angan. Dah janji nak bagi RM50 untuk yang dapat A tapi masih belum cukup kuat untuk memotivasi. 

    Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga pencapaian pada tahun ini akan lebih baik lagi. Wassalam!

    1 comment:

    1. tahniah untuk semua warga SEMEKAR....tahniah kepada banumathi n murali...be the best...

      ReplyDelete