Monday, March 12, 2012

~ Cuti Sekolah, Masih Kena Kerja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun kini sedang bercuti, saya pasti para cikgu-cikgi sekalian masih kena melakukan kerja-kerja sekolah seperti mengajar di kelas tambahan, memeriksa kertas ujian / peperiksaan pelajar ataupun bertugas di sekolah. Di sekolah saya tiada kelas tambahan, hanya perlu menyiapkan semakan kertas ujian pelajar dan memasukkan ke sistem SAPS sehingga 27 Mac ini. Saya hanya perlu menanda 2 kelas sahaja, dengan jumlah pelajar seramai 40 orang. Xde la susah sangat sebenarnya. Dengan jawapan yang pelbagai versi dan entah apa-apa entah, sukar sangat hendak mendapatkan mood bagi membuat semakan.

Sebenarnya semalam saya ke Terengganu, menjemput kakak ipar dan anak saudara yang ingin balik ke rumah Tok Mek. Dalam perjalanan, terdapat banyak sekolah yang membuat kelas tambahan. Betapanya pengorbanan cikgu-cikgi sekalian ingin memberikan yang terbaik kepada para pelajar supaya mendapat keputusan cemerlang di samping ingin meningkat atau mengekalkan kecemerlangan sekolah.

Bila melihat pelajar berpakaian sekolah, paling tidak pun hanya tudung yang berlainan, sejuk aje rasa dalam hati ni. Kalau di sekolah saya jangan harap lah, kalau diluar waktu sekolah, sah-sah datang pakai seluar pendek. Begitulah ya dengan persekitaran dan budaya yang berbeza, pasti keadaannya tidak sama.

Teringat dulu di zaman persekolahan di SMK Jeram, memang pantang ada cuti mesti ada kelas tambahan. Kita sebagai pelajar xde bantahan, jauh sekali nak melancong atau ke mana-mana. Bila cikgu kata ada tambahan, sepanjang masa yang diperuntukkan itulah kita ada di sekolah. Pagi-pagi keluar naik basikal, baliknya berpeluh2 baru sampai ke rumah. He he he...

Kepada cikgu-cikgi yang kena bertugas masa cuti ni, semoga mendapat keberkatan dalam apa jua yang anda lakukan... Wassalam!

No comments:

Post a Comment