Thursday, November 20, 2014

Kementerian Lancar Buku Teks Digital Pintar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan melancarkan Buku Teks Digital Interaktif Pintar, gelombang kedua inovasi dan transformasi buku teks digital, yang dijangka dilaksanakan mulai 2016 hingga 2025.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah kesinambungan daripada gelombang pertama transformasi buku teks sebanyak 313 judul, yang kini boleh diakses oleh murid, guru dan ibu bapa menerusi laman 1BestariNet.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, melalui penggunaan Buku Teks Digital Interaktif Pintar, proses pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran akan dijalankan melalui persekitaran pembelajaran maya (VLE).

"Inovasi ini juga merupakan antara usaha kementerian pendidikan menyelesaikan isu beg sekolah berat yang sering dibangkitkan ibu bapa pelajar sebelum ini," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.





Tuesday, November 18, 2014

Perlakuan Buli Bermula Dari Asrama

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



"KENA buli? adat la tu...tinggal di asrama." Itulah jawapan yang selalu keluar daripada seorang pelajar yang sudah keluar dari kepompong asrama, berasakan buli itu adalah budaya ataupun adat ketika di asrama.
Baru-baru ini, lima daripada enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah tersebut selepas kes buli ini menjadi viral di laman sosial.






Sunday, November 16, 2014

MRSM Berbayar Akan Wujudkan Kasta Pelajar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


SHAH ALAM - Cadangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dilihat bakal mengasingkan pelajar miskin dan kaya mengikut sekolah.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, perkara berkenaan dilihat sedikit tersasar daripada objektif sebenar penubuhan MRSM sebagai pusat pendidikan yang mengumpulkan pelajar cemerlang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.





Saturday, November 15, 2014

Kaji Semula Kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris jika mahu melihat peningkatan tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar sekolah.

Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta), Prof Madya Dr S. Ganakumaran berkata, kaedah P&P Bahasa Inggeris kini masih menggunakan teknik lama sedangkan persekitaran luaran sudah berubah.

Beliau berkata, kaedah P&P sekarang lebih mementingkan aspek peperiksaan semata-mata berbanding aspek 'kompetensi fungsi' iaitu penguasaan bahasa untuk menyempurnakan aspek komunikasi.