Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan melancarkan Buku Teks Digital Interaktif Pintar, gelombang kedua inovasi dan transformasi buku teks digital, yang dijangka dilaksanakan mulai 2016 hingga 2025.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah kesinambungan daripada gelombang pertama transformasi buku teks sebanyak 313 judul, yang kini boleh diakses oleh murid, guru dan ibu bapa menerusi laman 1BestariNet.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, melalui penggunaan Buku Teks Digital Interaktif Pintar, proses pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran akan dijalankan melalui persekitaran pembelajaran maya (VLE).
"Inovasi ini juga merupakan antara usaha kementerian pendidikan menyelesaikan isu beg sekolah berat yang sering dibangkitkan ibu bapa pelajar sebelum ini," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.