Saturday, December 15, 2012

~ Selamat Berpindah Encik Hassan Padli

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk sesi persekolahan akan datang, SEMEKAR kehilangan seorang guru berkepakaran pendidikan jasmani dan SU sukan yang sangat disayangi serta sentiasa menceriakan bilik guru.  Encik Hassan Padli akan bertukar ke Perlis di SMK Syed Hassan (sekolah sukan) kerana mngikut isterinya yang berkerja di sana.

Nampaknya selepas ini riuh rendah SEMEKAR tak akan bermakna lagi dengan ketiadaan beliau yang memang sering membuatkan kami semua tertawa. Semoga beliau dapat menjalankan tugas di sekolah baru dengan suasana baru dan suhu yang baru dengan penuh dedikasi serta bergembira di samping isteri tercinta.

Terima kasih daun keladi di atas segala sumbangan yang telah diberi kepada warga SEMEKAR. Jasamu di kenang. :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment