Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pagi tadi, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang telah diadakan orientasi bagi pelajar tingkatan 1. Di dalam majlis itu para pelajar baru didedahkan dengan sedikit sebanyak persekitaran di sekolah baharu serta di maklumkan dengan maklumat penting yang mesti diketahui. Untuk tahun hadapan, bilangan pelajar tingkatan 1 agak ramai, di mana 4 kelas mempunyai purata pelajar lebih dari 35 orang. Agak sesak jugak para guru nak menguruskan PBS nampaknya.
Selepas sahaja majlis orientasi selesai, guru-guru yang mengajar tingkatan 3 telah menjalani bengkel penentuan TOV dan ETR bagi tingkatan 3 2013 untuk menentukan GPG (gred purata guru - prestasi) berdasarkan pencapaian PMR 2012. Saya turut terlibat kerana mengajar pendidikan moral di tingkatan 3 Jujur. Bengkel ini juga merupakan bengkel pertama untuk pengisian e-SPLG 2013.
Adalah menjadi harapan agar tahun hadapan memberikan seribu keindahan pada semua warga SEMEKAR. Jumpa 2 Januari nanti. Wassalam.

No comments:
Post a Comment