Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pagi tadi telah di adakan mesyuarat pengurusan SEMEKAR kali pertama bertempat di bilik mesyuarat Kelab Golf Sultan Ahmad Shah Tanah Rata pada pukul 9 hingga 12.30 tengah hari. Banyak amanat yang telah di sampaikan oleh pentadbir iaitu pengetua, gpk 1, gpk hem, gpk ko,kaunselor dan ketua-ketua bidang.
Setiap orang guru telah dibekalkan dengan salinan dokumen berkaitan, buku rancangan mengajar dan beg sandang yang telah disumbangkan oleh Puan Shanti.
Turut diumumkan juga Puan Hoo sebagai ketua bidang kemanusiaan yang baru menggantikan Encik Zamzuri. Puan Nor Asikin pula telah bertukar ke SMK Sultan Ahmad Shah (kerana lebih KG guru) manakala guru baru yang menggantikan Encik Hassan tidak dapat menyertai mesyuarat ini kerana baru menerima cahaya mata.
Kalau dilihatkan daripada peruntukan jadual waktu, buat pertama kalinya setelah hampir 10 tahun saya akan mengajar 1 kelas MPV (tingkatan 5) sahaja iaitu berkongsi dengan seorang lagi guru yang mengajar di tingkatan 4. Lain-lain kelas ada di tingkatan 2, 3 dan 4 dimana menuntut saya mengajar Pendidikan Moral yang pernah saya ajar pada tahun pertama posting (2004). Memang nak kena study balik, semua dah lupa. Aduhhh, pening juga memikirkan kelas menengah atas yang perlu di ajari. Apapaun, insyaAllah dengan izinNya segala-gala akan berjalan lancar. Lain2 tugas kurikulum & kokurikulum akan dilakukan sedaya yang mampu.
Harapnya selepas ini sesi 2013 akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Wassalam.

No comments:
Post a Comment