Monday, May 13, 2013

~ Pelancaran Program Sekolah Penyayang (PSP)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa perhimpunan rasmi (13 Mei 2013) pagi tadi, Unit Disiplin dengan diwakili oleh Puan Norlia telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Sekolah Penyayang dengan dirasmikan oleh Puan Pengetua SEMEKAR. Saya tidak dapat menangkap dengan jelas butir bicaranya kerana bertugas di dalam bilik audio.

Tetapi daripada pengetahuan sedia ada, PSP sebenarnya menunjukkan kepedulian semua pihak terhadap semua yang ada di persekitaran sekolah bukan sahaja merangkumi perhubungan guru dengan pelajar tetapi juga pelajar dengan staf yang lain.

Antara program yang telah di rancangkan untuk menjalankan PSP adalah seperti menyambut kedatangan pelajar sekolah (pagi), mengadakan sambutan hari ulang tahun, membetulkan pakaian pelajar serta memberi bimbingan yang lebih dalam setiap aspek.

Dan pada pagi tadi juga telah di adakan sambutan ulang tahun pelajar (bulan Mei) dengan gimik memotong kek. Lebih istimewa lagi apabila pengetua menyuapkan sepotong kek kepada pelajar yang terpilih. Dan majlis makan-makan kek tu kemudiannya di teruskan semasa waktu rehat.

Semoga program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak demi mendapatkan sekolah yang terbilang daripada semua segi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment