Tuesday, May 14, 2013

~ PANAS Unit Peperiksaan Kerana Skema

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Peperiksaan pertengahan tahun bagi menengah atas telah pun berlangsung 3 hari. Sehingga hari ini, saya masih belum menerima skema pemarkahan bagi mata pelajaran yang telah selesai. Jangankan kata skema, kertas peperiksaan pun masih belum saya terima sepenuhnya.

Saya tidak pasti, tidak faham sebenarnya dengan proses menempah soalan kali ini. Segala urusan berkaitan telah dilakukan oleh En Yusof selaku ketua unit ketika saya sedang bermesyuarat di KL. Sejak dari awal bila saya menerima jadual peperiksaan, saya keliru kerana ianya di sampaikan melalui email tanpa kepala surat daripada mana-mana jabatan samada PPD atau JPN. Bercerita tentang jadual, ada banyak kekeliruan juga. Memandangkan saya tidak mengetahui siapa yang membuatnya, saya terfikir juga 'dia' tu dari jabatan mana. Agak tidak peka dengan masa. Ada beberapa subjek yang di letakkan pada hari Jumaat sedangkan pada hari itu masa agak padat. Ada masa balik dicatatkan sehingga jam 12.30 sedangkan masa persekolahan tamat pada pukul 12.

Cetakan pada kertas soalan juga agak tidak memuaskan. Pihak percetakan menggunakan saiz kertas yang agak kecil berbanding saiz A4 biasa menyebabkan tulisan pun mengecil dan ruangan menjawab agak padat.  Berurusan dengan pihak percetakan juga amat menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, langsung tidak profesional.

Bercakap tentang skema pula, ada beberapa pihak yang sudah mula bertanya dan bising dek kerana skema yang belum ada. Iyalah, kalau subjek BM, BI, Sejarah  tu tentulah memerlukan skema untuk membuat semakan. Malah saya sendiri memerlukan skema Pendidikan Moral untuk menyemak kertas 5 Yakin. Dua hari lepas ada pihak yang berjanji mahu menghantarnya dengan email, tup-tup semalam katanya nak hantar esok (15 Mei '13) bersama dengan baki soalan. GPK Pentadbiran juga sudah beberapa kali bertanyakan hal ini dan nampaknya beliau memang tidak berpuas hati.

Saya bagi Unit Peperiksaan SEMEKAR memohon jutaan maaf di atas segala kekecohan yang terjadi. Saya tidak berniat untuk menyusahkan sesiapa kerana saya juga telah sedia susah untuk menyemak soalan. Sekiranya saya menerima skema tersebut, saya akan edarkannya secepat mungkin.

Nampaknya untuk peperiksaan akhir tahun, pihak SEMEKAR perlu membuat perbincangan meja bulat samada ingin meneruskan peperiksaan seperti ini atau membuat soalan sendiri yang ternyata lebih memudahkan urusan berbanding segala kekalutan yang disebabkan oleh orang lain.

Wassalam!

No comments:

Post a Comment