Monday, February 11, 2013

~ Pertukaran Daerah, Kali Ke 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun 2013, menyaksikan banyak perubahan yang berlaku dalam pentadbiran sekolah menengah di CH. Sehingga bulan Febuari, telah berlaku 3 pertukaran guru ke sekolah di daerah yang sama.

Ianya bermula dengan pertukaran Puan Nor Asikin ke SMK Sultan Ahmad Shah pada awal tahun diikuti dengan pertukaran kaunselor Puan Wan Khatijah Hafsah juga ke sekolah yang sama.

Kemudian pertukaran yang paling terasa adalah En Che Wang (GPK 1) ke SMK Ringlet sebagai GPK Ko dan Puan Hasnah (GPK Ko) ke SMK Sultan Ahmad Shan sebagai GPK 1. Manakala kedua GPK SMK Sultan Ahmad Shah dan SMK Ringlet pun turut ditukarkan. Terdengar ada pelbagai sebab dan musabab pertukaran ini dilakukan tetapi walau apa jua pun keadaanya diharapkan agar mereka semua dapat membina kejayaan di tempat baharu.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment