Friday, February 22, 2013

~ Jadual baru, Kali Ke 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kembali semula ke sekolah setelah 4 hari bermesyuarat di Subang Jaya. Badan masih penat, dan kepala pun pening, bila berdiri terasa seperti di dalam bot, agaknya kesan daripada hari-hari naik lif. Memang tak selesa.

Hari ini juga telah diedarkan jadual baru yang akan berkuatkuasa 25 Feb 2013 kerana pertukaran GPK. Agak mengejutkan juga, kerana saya akan mengajar Pendidikan Moral tingkatan 5 Yakin (kelas paling depan). Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa. Kalau sebelum ini mengajar Pendidikan Moral tingkatan 4 bolehlah bernafas lagi, kali ini memang sesak sikitlah memandangkan di dalam kelas itu semua calonnya bernilai A hingga A+. Aduh...setakat manalah kemampuan saya untuk mengajar di kelas tersebut. Jadi Isnin depan akan bermulalah P&P baru dalam kerjaya saya. Untuk jadual yang lain masih lagi dikekalkan cuma pertukaran masa sahaja.

Apapun, saya mendoakan segalanya berjalan lancar dan mengharapkan pertolongan kawan-kawan semua untuk membantu. Doakan saya...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment