Thursday, January 10, 2013

~ Pertukaran Kaunselor Sekolah Menengah CH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sepatutnya dah lama keluar entri ni tapi entahlah, mood semua ke laut. Pada minggu lepas, SEMEKAR dikejutkan dengan satu surat yang mengarahkan kaunselor ke 2 sekolah melapor diri ke SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata. Rata-rata yang terkejut denga berita tidak disangka itu. Surat yang didatangkan dari JPN Pahang itu menyatakan perpindahan berkuatkuasa 1 Januari 2013 tetapi ditunda ke 14 Januari setelah melapor diri pada 7 Januari lalu.

Salah seorang kaunselor dari setiap sekolah menengah di CH (tiga buah aje pun) ditukarkan ke sekolah yang lain iaitu SMK Ringlet ke SEMEKAR, SEMEKAR ke SMK Sultan Ahmad Shah dan SMK Sultan Ahmad Shah ke SMK Ringlet.

Walaubagaimanapun pertukaran ini tidak dapat diputuskan lagi. SEMEKAR masih menunggu kehadiran kaunselor baru. Kepada Puan Siti Khatijah yang akan memulakan tugas di sekolah baharu, SEMEKAR mendoakan beliau dapat membuat yang terbaik. Segala sumbangan beliau di SEMEKAR akan tetap dikenang.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment