Thursday, January 10, 2013

~ Pemantauan Awal Tahun 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pemantauan oleh Sektor Pendaftaran & Perhubungan Sekolah JPNP telah dibuat pada 9 Januari 2013. Diketuai oleh Puan Sabariah Bt Mat Peah, pemantauan berkisar kepada pelaksanaan P&P, jadual kehadiran murid, perhubungan & keluar masuk sekolah.

Daripada pemeriksaan buku rancanga mengajar, satu teguran dibuat kepada guru-guru yang tidak menulis rancangan mengajar tetapi menulis 'perhimpunan khas' atau 'taklimat' pada minggu pertama. Sebetulnya rancangan mengajar mesti ditulis dan di dalam refleksi dinyatakan P&P ditunda kerana ada perhimpunan. Yang kena ni termasuklah saya... *_*

Semoga dari pemantauan tersebut akan memperbaiki lagi mana yang kurang di dalam pelaksanaan P&P di SEMEKAR. Wassalam

No comments:

Post a Comment