Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pada Sabtu semalam telah dijalankan sekolah ganti untuk cuti Aidilfitri yang lalu. Dengan menggunakan jadual hari Jumaat, masa persekolahan telah dipanjangkan sehingga pukul 1 tengah hari memandangkan banyak acara dan aktiviti yang dijalankan.
Antaranya ialah Larian Kemerdekaan (Jalur Gemilang), penyerahan slip peperiksaan pra SPM dan PMR serta peperiksaan bulan Ogos, pertandingan lagu patriotik dan Karnival RIMUP. Gerai-gerai jualan yang menyajikan banyak makanan lazat habis sekelip mata. Malah GPK Pentadbiran turut menyuarakan pandangan untuk mengadakan mini karnival sebegini 2 atau 3 kali setahun memandangkan ambutan yang sangat menggalakkan.
Wassalam...
Paling best sekolah ganti sebab takyah belajar. He he
ReplyDelete