Wednesday, September 26, 2012

~ Menggalas Tugas SU PMR Sementara

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kini mengambil alih seseparuh masa dengan bimbingan rakan2 SU yang lain untuk menguruskan PMR yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Tugas sebagai SU peperiksaan dalaman tentunya berbeza dengan SU PMR yang perlu menguruskan banyak dokumen serta persiapan. Saya sejujurnya tidak jelas tentang apa yang perlu di lakukan tetapi SU PMR yang sedang bercuti bersalin telah pun menuliskan apa yang perlu dibuat.

Minggu lepas saya telah menerima slip peperiksaan pelajar dan juga kotak JOB untuk semua kertas peperiksaan objektif. Dan hari ini saya telah mengasingkan JOB tersebut ke dalam sampul yang telah dikhaskan. Lepas ni kena cari masa untuk semak bilangan dan susunan mengikut angka giliran.

Untuk slip peperiksaan pula, saya telah mengasingkan salinan pertama dan kedua, yang mana ianya akan ditampal bersama dengan label meja bagi setiap pelajar. Minggu hadapan hari Jumaat akan di adakan aktiviti menyusun meja di dewan sebagai persiapan untuk ketua pengawas melawat pusat peperiksaan pada hari Selasa.

Saya berharap agar segala urusan berkaitan PMR ini dapat dijalankan dengan sempurna. Nampaknya tugas mengawas PMR di SMK SAS terpaksa ditolak demi memberi lebih komitmen kepada perjalanan peperiksaan dan juga pengurusan peperiksaan akhir tahun. Semoga selesai semuanya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment