Wednesday, November 12, 2014

Kem Bersepadu 2014, Taiping, Perak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tarikh : 31.10.14 - 2.11.14
Tempat : Taman Tasik, Taiping
Peserta : 79 orang
Unit : Kadet Polis, KRS, PBSM, Pandu Puteri & Pengakap
Giliran Kem Komandan : KRS
Guru-guru terlibat :
  1. En Idham Sharing - GPK Kokurikulum
  2. En Anuar - KRS
  3. En Yusoff - Pengakap
  4. En Izzat - Pengakap
  5. En Che Nassir - Kadet Polis
  6. En Nik Firdaus - Kadet Polis
  7. En Chuink Teck Hwa - Kadet Polis
  8. En Baharun - PBSM
  9. En Hisham - Pengakap
  10. Pn Siti Norhayati - KRS
  11. Pn Muhaini - Pandu Puteri
  12. Pn Noorlia - Pandu Puteri
  13. Cik Suhaila - Kadet Polis
  14. Cik Najmin Fatehah - Pengakap
  15. Pn Siti Azmanira - SU Kokurikulum
  16. Pn Erwani - Pengakap
  17. Pn Normalini - PBSM
  18. Cik Roshima - Kadet Polis
  19. En Ooi Keng Heng - Pengakap
  20. En Roslan (tak pasti unit mana)

Saturday, November 08, 2014

RIP Tunesh (Peralihan Yakin 2014)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 5 November yang lalu., Cameron Highlands sekali lagi dikejutkan dengan tragedi banjir kilat dan banjir lumpur yang melanda kawasan Bertam Valley (Ringlet) dan juga Kampung Raja. Saya sebetulnya baru balik dari Ringlet pada tengah hari, tidur sekejap bila bangun dah heboh di whatssapp dan telegram tentang banjir yang melanda. Memang sejak kebelakangan ini hujan sering melanda di sebelah petang, dan tahu2 sajalah bila hujan paras air di sungai akan menaik dengan begitu cepat.

Banyak kawasa perumahan di kawasan rendah telah dinaiki air. Kawasan flat  di Taman Matahari memang selalu naik air jika hujan. Begitu juga di kawasan rendah di Kuala Terla. Yang paling mengejutkan apabila salah seorang guru memaklumkan pelajar SEMEKAR iaitu Tunesh dari kelas Peralihan Yakin telah meninggal kerana lemas dihanyutkan air.

Siapa yang tidak terkejut? Saya sendiri tergamam mendengar berita itu. Tunesh merupakan pelajar yang langsung tiada masalah di kelas. Dia sangat suka bersembang dengan guru-guru. Yang menariknya pelajar ini tidak berapa fasih berbahasa Tamil kerana bersekolah rendah di SRJK (C). Saya ada bertanya kepadanya kenapa ambil Bahasa Tamil, katanya dia nak belajar. Semasa sambutan Merdeka-Raya, dia terpilih kerana berpakaian tradisional India. Tak sangka, ajalnya datang ketika dia masih muda...

Takziah kepada keluarganya. SEMEKAR bersedih atas kehilanganmu.

Wednesday, November 05, 2014

Keputusan Pertukaran Jan 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Buat sekian kalinya saya memohon bertukar ke Kelatan, tapi seperti yang diduga keputusannya tetap sama, TIDAK DILULUSKAN dan keputusannya muktamad.  Jika mahu dinyatakan perasaan kecewa, tak habis satu hari satu malam, tapi saya positif. Hidup mesti diteruskan dan kerjaya yang tersayang ini akan tetap dipertingkatkan.

Tahun ni saya dah hantar surat rayuan pertukaran, tapi apakan daya tiada yang sudi membaca rayuan saya tu. Okay, its okay... 

Secara peribadinya saya tak tahu nak komen pasal pertukaran ni. Macam saya sendiri dah 11 tahun di CH, masih tak lepas2 lagi. Ada tu baru 6 bulan posting dah boleh masuk Kelantan. Kalau kata opsyen penuh tiada kekosongan, bagaimana pula jika bersembang dengan kawan2 katanya opsyen2 tertentu diperlukan di sekolah mereka. Saya tak pasti apa kriteria yang dipilih untuk kelulusan pertukaran, yang pasti saya akan memohon lagi tanpa jemu dan penyesalan.

Doakanlah saya....

Tuesday, November 04, 2014

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selamat menempuh peperiksaan SPM kepada semua pelajar tingkatan 5, khususnya pelajar SEMEKAR yang disayangi, semoga kalian akan beroleh kecemerlangan dan kejayaan cemerlang.

Ingatlah segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah para guru berikan, gunakanlah segala kesempatan yang ada ini untuk menunjukkan potensi diri bagi mencapai lebih kejayaan untuk kelangsungan hidup di masa depan.

Buat anak-anak pelajar tingkatan 5 Ikhlas, cikgu halalkan segala imu Pendidikan Moral yang telah cikgu berikan. Doa cikgu mengiringi langkah kamu untuk menjawab soalan denga sempurna. Jangan lupa segala teknik dan cara menjawab yang betul. Dengan izin Tuhan kamu akan berjaya...

Good luck dear!!!