Wednesday, July 18, 2012

~ Kem Bersepadu 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 13 - 15 Julai 2012
Tempat : Kem Hanifa, Gopeng Perak
Peserta : 74 orang
Guru : 19 orang (5 pengiring selebihnya selepas sekolah)

Kerana kesibukan, tak sempat bercerita tentang Kem Bersepadu yang telah dibuat hujng minggu lepas. Di sini saya ingin berkongsi segala pengalam mengendalikan perkhemahan dan perkara2 yang berlaku untuk perkongsian semua.

Catatan sepanjang kem :-

13 Julai 2012
  • Bertolak dari sekolah dalam pukul 9 pagi, 2 buah bas dengan guru pengiring seramai 5 orang (3 menaiki kereta dan 2 menaiki bas)
  • Sampai dalam pukul 11 pagi, dirikan khemah dan berehat
  • Pelajar & guru Islam ke masjid untuk solat Jumaat
  • Petangnya aktiviti ice-breaking dan ikatan & simpulan
  • Malamnya dibuat night walk

14 Julai 2012
  • Senaman - jungle tracking - rehat - paintball - malam kebudayaan
  • Pukul 3.30 pagi, seorang pelajar mengalami kejang otot, dibawa ke Hospital Kampar, ditahan. Maklum kepada ibu bapa

15 Julai 2012
  • Senaman - masakan rimba - penutup - balik ke CH
  • Bas yang dijanjilan sampai lambat dalam pukul 6.30 petang. 
  • Semasa masakan rimba, satu kumpulan telah memanaskan tin sardin tanpa membukanya terlebih dahulu, menyebabkan tin trsebut meletup dan menyebabkan luka sepanjang 2" di paha seorang peserta. Bawa ke Hospital Kampar dan dijahit.
  • Satu bas persiaran, satu bas sekolah *x*.

Terima kasih sekalung budi pada semua yang terlibat. Wassalam.

No comments:

Post a Comment