Saturday, June 30, 2012

~ Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012 : Day 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah perkhemahan Pandu Puteri daerah Cameron Highlands 2012 yang dirancang telahpun berjaya dijalankan dengan sempurna. Bermula 27 Jun hingga 29 Jun, perkhemahan itu dapat dibuat dalam keadaan gembira, teratur dan tenang. Sebagai KEM KOMANDAN, saya dan 2 orang helpers bergerak ke tapak perkhemahan sedari pagi 27 Jun untuk menyiapkan beberapa perkara yang perlu di samping membincangkan perkara tidak jelas bersama PESURUHJAYA DAERAH dan PENOLONG KEM KOMANDAN. 


Dalam pukul 1 tengah hari, pasukan pertama tiba iaitu SK Kampung Raja dan mereka terus memasang khemah. Namun, hujan yang agak lebat menyambut mereka sehingga ada yang tepaksa memasang khemah di dalam hujan.  Semua 8 sekolah yang mengambil penyertaan dapat mendirikan khemah dan bersedia untuk aktiviti pertama iaitu taklimat pada petangnya. Walaupun begitu hujan semakin lebat dan berlarutan hingga ke malam.


Walaupun dalam hujan dan kesejukan, kesemua 78 orang pelajar dan 28 guru dapat menghadiri taklimat seperti dirancang. Pada malamnya pula ada aktiviti nyanyian. Cuaca sangat sejuk dengan purata suhu di bawah 10'. Tidur malam pun terganggu dek kesejukan melampau. Rasanya sepanjang 9 tahun di CH sejuk pada malam tu adalah sejuk yang paling sejuk sehingga terketar-ketar.

Jadi setelah aktiviti malamnya ditamatkan lebih awal, peserta dapat merehatkan diri dan rileks di dalam kesejukan. Maka selesailah hari pertama. Wassalam.

No comments:

Post a Comment