Wednesday, December 30, 2015

Mesyuarat Pengurusan Pertama 2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi tadi secara rasminya telah berlangsung  mesyuarat pengurusan kali pertama bagi sesi persekolahan 2016, bertempat di Bilik Gerakan SEMEKAR bermula pendaftaran 7.30 pagi sehingga selesai mesyuarat lebih kurang pukul 1 tengah hari.

Ini juga merupakan mesyuarat rasmi pertama yag dikendalikan oleh pengetua baharu Encik Ismail Bin Abas. Memang nampak beberapa perbezaan besar dari pengetua2 sebelum ini.

Menyingkap intipati mesyuarat, ada beberapa perubahan besar yang berlaku di dalam sekolah. Memang terkejut jugaklah tadi. Antaranya adalah :





1) Kewujudan Kelas Pendidikan Khas Integrasi
- menerima guru baru dari SMK SAS dengan bilangan pelajar 8 orang
- selama ni tahu beberapa orang je pelajar yang mengalami masalah pembelajaran

2) Kaunselor baharu En Kamarudin Mat Ali
- dari SMK Tatau menggantikan Puan Muhaini

3) Guru baru dari SMK SAS En Azman Mamat

4) Perpindahan dalam daerah Cik Roshima ke SMK Ringlet
- sangat terkejut dan tergamam

5) Persaraan Puan Hoo
- beliau akan bersara (awal) bermula 2 Jan 2016 akibat masalah kesihatan

Saya? Seperti biasalah menerima tugas2 seperti tahun lepas dan tahun ni bertambah sikit bebannya kerana sekolah sudah mula melaksanakan mata pelajaran PVMA. Antara tugas saya tahun 2016 adalah :

- ketua panitia MPV/PVMA
- guru kelas 4 PVMA
- guru penyelaras perhimpunan
- guru penasihat kadet polis
- guru penasihat bola keranjang (jurulatih)
- guru penasihat rumah Beta
- guru penasihat kelab fotografi

Besarlah menjadi harapan saya agar segalanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang.Semoga saya juga sabar dan tabah menghadapi apa jua dugaan yang akan datang.

Together We Succed!!

No comments:

Post a Comment