Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pandangan peribadi saya :
1. Sangat bersetuju kerana buat masa ini beban kerja guru SANGAT BANYAK terutama dari segi pengkeranian. Orang yang tidak berada dalam bidang ini memang mudah nak menyalahkan guru tapi mereka sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku.
2. Saya sendiri lebih banyak menghabiskan masa dengan mesyuarat dan kursus di luar sekolah. Sekurang2nya jika ada pembantu tidaklah aktiviti pendokumentasian portfolio pelajar tergendala.

Selepas lama menunggu tanpa sebarang
tindakan dan respon daripada pihak Kementerian Pendidikan malaysia KPM
walupun tuntutan telah lama dihantar, akhirnya Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tampil kepada media memberikan
kenyataan mengenai isu tuntutan ini.
Beban tugas guru semakin meningkat dari
hari ke sehari. Ditambah pula beban tugas guru d luar juga semakin
membeban. Itu sebablah NUTP tampil supaya pihak Kementerian Pendidikan
malaysia supaya menyedia pembantu guru N17 supaya kalangan guru dalam
memberikan lebih fokus kepada proses PnP di dalam kelas.
NUTP ada bandingkan beban tugas guru di
Malaysia dengan beban tugas guru di Korea Selatan. Yang mana keadaan
sekolah di Korea Selatan :
Pembantu Guru N17 : Korea Selatan VS Malaysia?
- pembantu guru di Korea Selatan banyak membantu menyelesaikan tugas yang bukan hakiki bagi seorang guru
- Guru di Korea Selatan lebih banyak masa dan tumpuan mereka untuk fokus mengajar dan mendidikan pelajar di sana tanpa sebarang gangguan yang tidak sepatutnya
- makmal sains sahaja ditempatkan dua pembantu guru
- Tetapi di Malaysia tiada pembantu.
Sekarang ini rungutan demi rungutan
diterima daripada kalangan guru. Sehingga ke hari ini kalangan guru di
Malaysia sudah pun berjumlah 500,000 ramainya. Malangnya beban tugas
guru semakin bertambah setiap hari dengan tugas yang bukan hakiki bagi
mereka.
Adakah anda bersetuju pembantu guru N17 ditempatkan di sekolah? Mengapa? [SUMBER]
Pandangan peribadi saya :
1. Sangat bersetuju kerana buat masa ini beban kerja guru SANGAT BANYAK terutama dari segi pengkeranian. Orang yang tidak berada dalam bidang ini memang mudah nak menyalahkan guru tapi mereka sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku.
2. Saya sendiri lebih banyak menghabiskan masa dengan mesyuarat dan kursus di luar sekolah. Sekurang2nya jika ada pembantu tidaklah aktiviti pendokumentasian portfolio pelajar tergendala.
No comments:
Post a Comment