Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Perkongsian teks perasmian semasa KST baru-baru ini di mana saya mejadi pengacara majlis. Terima kasih kepada norwahidah ahmad (blogspot) di mana ia menjadi rujukan saya membuat teksnya. Sebenarnya saya dah ada teks tetapi hilang pendrive di saat-saat akhir. Jadi saya copy di sini pula untuk rujukan masa hadapan.
KEJOHANAN
SUKAN TAHUNAN SEMEKAR 2013
Pengacara : Suhaila & Mohd Helmi
[sumber : http://nurwahidahahmad.blogspot.com/2011/02/skrip-juruacara-perasmian-dan-penutupan.html ]
Mengumumkan ketibaan, Yang
Berbahagia En. Lau Kam Choy, Naib Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Kg Raja dengan diiringi oleh Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK Kg
Raja. Para hadirin dipersilakan duduk.
|
Helmi
|
|
Yang Berbahagia En. Lau Kam Choy, Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kg
Raja, Yang Berusaha .........................................
Yang Berusaha, Puan Nachammal a/p
Nachimuthu, Pengetua SMK Kg Raja, Yang Dihormati penolong-penolong kanan,
ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru, pengetua-pengetua, guru
besar-guru besar, guru-guru, ibu bapa, para hadirin dan seterusnya warga pelajar
yang dikasihi sekalian
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.
Assalamualaikum dan
salam satu Malaysia
|
Sue
|
|
PERARAKAN MASUK KONTINJEN RUMAH SUKAN
Kejohanan sukan tahunan pagi ini
akan membuka tirainya dengan perarakan masuk kontinjen rumah sukan.
**Tunggu sehingga
kontinjen perbarisan bersedia**
Hadirin sekalian,Lintas hormat pada
pagi ni diketuai oleh pasukan pembawa bendera kejohanan yang diwakili oleh
lima orang pengawas sekolah dan diketuai oleh saudara
...........................................................
Perarakan rumah sukan didahului
oleh pasukan Rumah Sigma melangkah segak bergaya untuk melakukan lintas
hormat. Dengan motto “Sigma Bersemangat waja” pasukan ini diketuai oleh
saudara .............................................. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Wan
Mohd Helmi Bin Wan Ismail. Untuk pengetahuan semua, pasukan ini adalah juara
keseluruhan bagi kejohanan sukan
tahunan 2012. Kita akan saksikan sama ada mereka berjaya
mengekalkan kejuaraan tersebut pada tahun ini.
Kontinjen berikut ialah pasukan
pasukan rumah delta . Pasukan ini bermottokan “Delta Utamakan
Kesungguhan” dan diketuai oleh saudara ........................................
serta dibimbing oleh En. Che Nasir Bin Che Rashid. Pasukan ini nampaknya
sudah bersedia untuk menempa kecemerlangan
setelah beberapa tahun melepaskan tampuk kejuaraan.
Seterusnya acara lintas hormat
daripada Rumah Alfa dengan mottonya “Alfa Pantang Menyerah”. Kontinjen
lengkap berpakaian merah diketuai oleh saudara
.................................... Pasukan ini dibimbing oleh En Wan
Mahusin Bin Wan Yunus. Nampaknya ahli rumah Alfa penuh bersemangat untuk
memberi cabaran dalam kejohanan kali ini.
Kontinjen rumah sukan yang terakhir
adalah pasukan Rumah Beta. “Beta Tetap
Hebat” menjadi motto pada tahun ini. Kontinjen pasukan ini diketuai oleh
saudara .................................... Pasukan ini telah dibimbing oleh
En Anuar Bin Abd Ghani. Dengan kerjasama dan kekuatan anggota, rumah Beta
menjadi salah satu ancaman kepada rumah-rumah sukan yang lain.
|
Helmi
Sue
Helmi
Sue
Helmi
|
|
NYANYIAN LAGU
Majlis diteruskan dengan nyanyian
lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan
lagu sekolah. Para hadirin dimohon berdiri.
**nyanyian 3 buah
lagu**
Buat pengetahuan semua hadirin,
perbarisan lintas hormat dan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang
telah diiringi oleh alunan muzik yang dipersembahkan oleh pasukan pancaragam
SMK Ringlet.
|
Sue
|
|
BACAAN IKRAR KEJOHANAN
Hadirin sekalian, Kejohanan Sukan
Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan
diketuai oleh saudara ................................ Bacaan ikrar ini akan
diiringi oleh pembawa-pembawa bendera setiap rumah sukan. Dipersilakan
**pergerakan masuk,
bacaan ikrar dan pergerakan keluar**
Begitulah tadi sempurnanya majlis
pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan
ini.
Seterusnya adalah acara penyerahan bendera
kejohanan. Dipersilakan Tuan Pengetua untuk menerima bendera kejohanan
daripada ketua pelajar dan menyerahkannya kepada Naib Yang Dipertua PIBG SMK
Kg Raja, En Lau Kam Choy. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
|
Helmi
|
|
PEMBACAAN DOA
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan Ustaz Muhammad Bin Hamzah
untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.
** bacaan doa **
Terima kasih diucapkan atas bacaan
doa sebentar tadi.
|
Sue
|
|
UCAPAN
Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan
Hadirin sekalian, Bagi meneruskan
majlis kita pada pagi ini, dijemput Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK
Kg Raja, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormat
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan
Pengetua atas ucapan beliau tadi.
Majlis diteruskan pula dengan
menjemput En Lau Kam Choy, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kg Raja untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan sukan Tahunan kali ke
29. Dengan penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan.
** ucapan naib YDP **
Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Naib YDP merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung sudah
Terima kasih diucapkan kepada En
Lau Kam Choy kerana sudi merasmikan Kejohanan sukan Tahunan kali ke- 29 SMK
Kg Raja
|
Helmi
Sue
|
|
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Bagi meneruskan acara pada hari
ini, majlis mempersilakan Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK Kg Raja,
untuk menyampaikan cenderahati tanda penghargaan. Cenderahati pertama
disampaikan kepada Yang Berbahagia En
Lau Kam Choy sebagai tanda terima kasih atas kesudian beliau hadir merasmikan
majlis kita pada pagi ini. Manakala cenderahati kedua disampaikan kepada Puan
Kok Chiun Yen, guru pembimbing pancaragam SMK Ringlet.
Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
|
Helmi
|
|
PERARAKAN KELUAR
KONTINJEN
Hadirin sekalian,Seterusnya kita akan
menyaksikan keberangkatan keluar kontinjen rumah sukan.
** tunggu sehingga
selesai **
Pengumuman : guru-guru, pegawai sukan dan
pelajar-pelajar yang terlibat diminta bersedia kerana acara sukan akan
bermula sebentar saja lagi.
|
Sue
|
|
ACARA BALAPAN
|
||
PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA
Penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan pada hari Jumaat dan pagi Sabtu
|
Sue
|
|
Hadirin sekalian, Bagi mengiktiraf kejayaan para
atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Sukan Tahunan kali ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput .................................................,
.......................................... dengan diiringi oleh
..............................................., ................................................
untuk menyampaikan hadiah.
|
Helmi
|
|
Seterusnya, diumumkan pemenang-pemenang
bagi pertandingan perbarisan rumah
sukan pada hari ini.
Dan tempat ketiga berjaya dirangkul
oleh pasukan Rumah .........................
Seterusnya tempat kedua berjaya
digondol oleh pasukan Rumah ...............
Johan berjaya disandang oleh
pasukan Rumah .....................
Bagi pertandingan khemah tercantik,
Tempat ketiga : Rumah
.........................
Tempat kedua : Rumah ...............
Johan : Rumah .....................
|
Helmi
|
|
Seterusnya dijemput
....................................... dengan diiringi oleh
................................................ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang
Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan
Peserta yang telah berjaya
merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Saudari
............................................... Untuk makluman semua, beliau
telah memenangi acara
...............................................................................................
Kini diumumkan pula Olahragawan
Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Saudara
................................. Beliau telah meraih pingat dalam acara
...................................................................................
Terima kasih diucapkan kepada
.............................. dan ........................ atas kesudian
menyampaikan hadiah.
|
Helmi
|
|
Kita hilangkan debar dihati sebelum
mengetahui keputusan keseluruhan kejohanan sukan tahunan kali ini dengan
menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara guru.
Bagi kategori guru lelaki,
Tempat ketiga : Rumah
.........................
Tempat kedua : Rumah ...............
Johan : Rumah .....................
Bagi kategori guru perempuan pula,
Tempat ketiga : Rumah
.........................
Tempat kedua : Rumah
...............
Johan : Rumah .....................
|
Sue
|
|
Hadirin sekalian, Kini tibalah saat-saat
yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat
ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.
Tempat ketiga berjaya dirampas oleh
pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________
untuk menerima hadiah.
Seterusnya Naib Johan, berjaya
dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
Dan johan keseluruhan Rumah Sukan
bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 29
jatuh kepada Rumah Sukan______________. Dipersilakan Ketua Guru
Penasihat untuk menerima hadiah.
|
Helmi
Sue
Helmi
Sue
|
|
PENUTUP
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Andai Allah memberikan usia yang panjang,
Dapatlah kita bersua di lain hari.
Semoga kita bersua kembali pada
Kejohanan sukan tahunan pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya
daripada kesilapan kami berdua. Seterusnya, dijemput semua para hadirin ke
kantin untuk jamuan ringan
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH. |
Helmi
|
No comments:
Post a Comment