Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Setelah mengawas peperiksaan selama 4 hari, hari ini para pengawas peperiksaan SPM kembali semula bertugas di sekolah. Bagi pengawas STPM, hari ini ada peperiksaan MUET di SMKSAS. Agak lama jugak tidak berada di sekolah, sedikit pening dengan perkara2 yang sudah ditinggalkan.
Pada pagi tadi diadakan penggambaran bagi kakitangan SEMEKAR. Pada rehatnya pula ada mesyuarat ringkas dan selepas rehat ada gotong royong membersihkan kelas dan kawasan sekolah.
Selamat bercuti pada semua guru dan kakitangan. Jumpa lagi pada sesi persekolahan tahun depan. Wassalam...
No comments:
Post a Comment