Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Isnin merupakan permulaan langkah kerja bagi
kebanyakan insan berkerjaya tak kira di sektor mana. Saya sendiri memulakan
hari dengan senyuman, tanpa tekanan. Bagaimana pun, pelbagai perkara yang
berlaku hari ini membuatkan saya penat dan stress.
Pada hari ini telah bermula peperiksaan akhir
tahun bagi tingkatan 4. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar kecuali
pergerakan guru-guru ke kelas yang agak kelam kabut kerana pada masa yang sama
ada program kelas anjal dibuat bagi tingkatan 5 selain mengganti kelas
guru-guru yang menghadiri taklimat peperiksaan PMR.
Saya yang turut menggalas tugas SU PMR sementara
turut menerima kejutan dengan kehadiran Tuan Haji Razali (Penolong KS Penilaian
JPNP) yang datang untuk melihat persediaan PMR di samping memantau pelaksanaan
PBS dan MPV. Berpeluh jugak mendengar penerangan dan perkongsian beliau tentang
MPV (terutamanya) yang akan menerima tetamu besar pada bulan Disember nanti.
Terlalu banyak persediaan yang perlu diselesaikan. InsyaAllah.
Selesai dengan Tn Hj Razali, dah sampai waktu
rehat untu post mortem percubaan SPM (kali ke 2 - BI). Dan selepas itu
diteruskan dengan kelas dan program untuk tingkatan 5 pula. Pada petangnya saya
mengadakan kelas tambahan. Dan kesudahannya hari ii berakhir pada pukul 5
petang.
Jadi, pada sesiapa yang mengatakan kerja seorang
guru tu senang, cubalah mengambil tugas kami barang sehari dua. Pasti akan rasa...
Note : N3 sekadar bercerita untuk meluah rasa.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment