Friday, April 13, 2012

~ Pembinaan Dalam Sekolah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Dalam tahun ini, sehingga bulan April, ada banyak pembinaan yang dijalankan disekolah untuk meningkatkan keselesaan infrastruktur dan kemudahan warga SEMEKAR. Bermula dengan menaik taraf padang sekolah, pembinaan 2 bangunan sementara dan yang paling besar adalah pembinaan satu blok baru 3 tingkat yang akan menempatkan bilik guru, bengkel kemahiran hidup, dan bilik darjah.

Sebenarnya sudah beberapa tahun juga sekolah membuat kelas terapung iaitu bagi tingkatan peralihan dan 5MPV (berada di bengkel). Oleh kerana tingkatan 5 MPV dipindahkan ke bilik darjah berdekatan bilik guru, maka kelas 4MPV pula terapung dan kini berada di bangunan sementara. Untuk bilik agama pula sudah tidak mampu menampung jumlah pelajar terutama pelajar tingkatan 1 yang semakin bertambah.

Sebenarnya, dengan pembinaan di dalam kawasan sekolah, KESELAMATAN SEMUA PIHAK  adalah satu perkara yang wajib diambil berat. Pembinaan seperti di dalam gambar adalah kawasan yang akan menempatkan blok baru 3 tingkat. Ianya di bangunkan di tapak asal bengkel kemahiran hidup yang telah dirobohkan dan juga tapak perhimpunan yang lama. Ianya berdekatan dengan makmal komputer dan juga kantin. Pelajar dilarang sama sekali mendekati kawasan pembinaan ini. Di harapkan semua pihak dapat memastikan keselamatan kita bersama terjaga. Semoga dengan adanya blok baru ini, semua pihak akan terus meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan.

Wassalam!

No comments:

Post a Comment