Wednesday, January 07, 2015

Tak Perlu Telefon Pintar Di Sekolah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

PAHIT manis tidak dapat dipisahkan dengan persekolahan. Macam-macam kisah yang kita lalui, termasuk akibat kenakalan.
Kawan saya, Jo, sangat taksub dengan mata pelajaran Sains Kesihatan. Untuk menentukan dia dapat markah cemerlang, dia tulis fakta mengenai beberapa tajuk yang dia jangka menjadi antara soalan dalam peperiksaan SPM dalam tiga helai kertas.

Sehelai dilipat dan disembunyikan dalam kolar baju dan dua helai dalam lipatan tangan baju kanan dan kiri sebelum masuk dewan peperiksaan.

Alangkah melonjak kegembiraannya apabila dia dapati jangkaannya tepat sekali; semua fakta dan isu yang dibawa masuk ke dewan secara haram itu boleh digunakan untuk menjawab soalan mata pelajaran kegemarannya itu.

Tetapi keghairahannya tidak bertahan lama. Pengawas peperiksaan lebih cekap; maklumlah guru kan lebih dahulu makan garam!

Dia tanya kawan saya tiga soalan.

Wednesday, December 31, 2014

Orientasi Pelajar Tingkatan PY dan 1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, penghujung Disember 2014 telah di adakan majlis orientasi pelajar tingkatan peralihan dan 1 yang akan memulakan sesi persekolahan 2015 di SEMEKAR. Buat pertama kali selepas 11 tahun saya tiada bersama2 di dalam majlis itu. Bukan saya sahaja, kebanyakan guru yang berasal dari Pantai Timur tidak dapat hadir ke sekolah dek kekangan musibah banjir. Terima kasih pada guru-guru yang membantu majlis berkenaan, hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian....

Sepatutnya mesyuarat pengurusan kali pertama di adakan pada 30.2014 tetapi ditunda ke 3.1.15 kerana banjir dan apabila TPM umumkan sesi persekolahan di tunda pada 11 dan 12.1.15 sekali lagi mesyuarat di tunda ke 9.1.15. Ini sekurang-kurangnya memberi ruang dan peluang kepada semua guru untuk bertenang dan memulihkan diri dari trauma banjir. Dan saya percaya pada ketika itu semua laluan untuk ke CH telahpun di buka.

Walau apapun, semoga selamat semuanya. We love SEMEKAR...

Saturday, December 20, 2014

Skim Insurans Murid Sekolah Diteruskan Tahun Depan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR - Murid sekolah yang menaiki bas sekolah berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada sesi persekolahan tahun hadapan akan terus dilindungi Skim Insurans Murid Sekolah.
SPAD dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan ibu bapa supaya memilih pengendali bas sekolah yang berdaftar demi keselamatan anak-anak mereka.    

Suruhanjaya itu juga meminta pengendali bas sekolah yang masih belum berdaftar supaya mengesahkan perkhidmatan mereka bagi melayakkan mereka mendapat skim insurans itu dan menikmati manfaat lain.

Skim insurans itu memberi perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan perlindungan maksimum RM100,000.  

Ia juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan program kurikulum tambahan yang disahkan oleh pihak sekolah. 
Sejak diperkenalkan pada Januari 2013, sebanyak 10 kes tuntutan skim insurans telah direkodkan membabitkan jumlah RM316,612.10.

Selain itu, SPAD turut memberi bantuan khas kepada pengusaha bas sekolah yang ingin mengggantikan bas sekolah lama kepada yang baharu melalui Skim Penggantian Bas Sekolah.

Skim itu akan berakhir pada 31 Disember dan sehingga kini, 200 pengendali bas telah mendapat bantuan tersebut. - Bernama


Thursday, December 18, 2014

Cadang Semak Elaun Perumahan Kakitangan Kerajaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.
  
"Pada tahun hadapan, kerajaan akan mempertimbang semula semakan kadar ITP ini sejajar dengan kos sara hidup semasa. Namun begitu, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam di negara ini.
  
Shahidan berkata ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai, dan ia diberikan kepada penjawat awam yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan.
  
“Semakan terakhir kadar ITP pada 1 Januari 2005 telah menetapkan kadar ITP bagi kumpulan pelaksana dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan,” katanya. - Bernama


[SUMBER]