Saturday, June 21, 2014

Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.

"Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru.

"Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan.



Saturday, January 04, 2014

~ Harga Makanan Kantin Sekolah Naik?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kebelakangan ni saya lihat di internet timbulnya isu tentang harga makanan yang agak mahal (meningkat) di kantin-kantin sekolah. Kalau lihat di dalam gambar, nasi ayam RM4.50. Telan air liur saya melihatnya. Bukan kata nengok nasi tu sedap, tapi menengokkan harganya.



Friday, December 27, 2013

~ Guru Ibarat Lilin Membakar Diri Sendiri Demi Menerangi Kegelapan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ceritera di sebalik kegarangan seorang guru...Akhirnya...Baca sampai habis.


guru-ibarat-lilin-membakar-diri-sendiri-demi-Menerangi-kegelapan.jpg



Dulu masa jadi guru, dek nak marah sangat kat anak sorang murid yang suka ngat main dalam kelas, saya cabut kasut dia dan lontarkan sekuat hati dalam semak berhampiran sekolah, kasut tu tak jumpa sampai kini, dah 20 tahun masa berlalu, baru kejap tadi dia talipon saya, yg lawaknya dia perkenalkan diri 
"Ustaz ingat tak, ustaz buang kasut murid ustaz dalam semak, saya la ni" hihihi ..rindu kat ustaz katanya, sembang-sembang.. Alhamdulillah dia dah jadi pensyarah dah..
"camna boleh teringat kat ustaz pulak nih?" tanya saya ..
dia kata "sebab saya teringat kasut saya, bila saya teringat kasut saya, saya pun teringat kat ustaz" .. kikiki




Sunday, November 24, 2013

~ Subjek Baru Darjah 4 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Senarai tiga subjek baru untuk murid darjah 4 tahun 2014. Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.