Thursday, October 30, 2014

Mesyuarat Pengurusan Terakhir Sesi 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tarikh : 30 Oktober 2014

Sekejap je masa berlalu, nampaknya sesi persekolahan 2014 sudah menghampiri penghujungnya, dalam sebulan lebih kurang kita akan menutup tirai 2014.  Hujung2 tahun ni banyaklah yang perlu dibuat, peperiksaan akhir tahun pun sudah sampai ke penghujung. Minggu depan dah nak mula SPM.

Jadi pihak sekolah telah pun menetapkan untuk membuat mesyuarat pengurusan terakhir pada tahun ni. Agak awal diadakan sebelum menutup sesi persekolahan, barangkali kerana ramai guru yang akan keluar sekolah untuk mengawas SPM dan STPM.

Apapun, semoga mesyuarat berjalan lancar dan kita tengoklah apa kandungan yang akan disampaikan oleh Puan Pengetua nanti.

Wednesday, October 29, 2014

Blog Yang Terabai -_-

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak pernah lupa blog kedua ni, yang saya dedikasi untuk segala cerita cerita di sekolah. Namun jika dilihat post terakhir entah berapa bulan lalu.

Sebenarnya saya bukan tak mahu update, ada banyak cerita yang saya nak kongsi tapi mood tak ada. Kalau korang semua nak tahu (ehhhh.... korang semua? Ada ke yang baca????), dulu ada la terjadi satu kes pasal perkongsian n3 saya di sini, sejak tu jadi kureng sikit nak berblog, rasa down sesangat.

Baru2 ni je rasa nak share balik, sebab ini adalah memori peribadi saya yang akan saya ingati sampai bila2. Bukan mampu nak ingat semua ye dak? Jadi blog inilah yang akan saya riki bila dah pencen nanti. JAdi kengkawan semua, jangan lupa support blog ni ya...

Salam Sayang Penuh Cinta...

Friday, October 24, 2014

Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 Carca Merba, Terburu-Buru. Guru Tidak Dapat Habiskan Silibus Belajar. Respon Guru, Pelajar & Ibubapa? : Ujian bertulis peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 telah pun melebuhkan tirainya minggu lepas. Walaubagaimanapun, Berita Semasa menerima banyak aduan yang mengatakan ramai pelajar Tingkatan 3 yang menjadi “bahan eksperimen” pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak mendapat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini apabila berlaku ketidaktentuan format dan tarikh peperiksaan PT3 Tingkatan 3 2014 ini.


Saturday, June 21, 2014

Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.

"Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru.

"Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan.